Blogger Templates

Followers

Friday, March 19, 2010

Waktu engkau masih kanak-kanak.............

kau laksana kawan sejatiku

Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang

Aku,kau junjung dan kau pelajari

Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari

Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...

Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu

Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa

Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.

Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu

Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia

Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,

Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi

Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu

Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu

Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja

Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan

Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu

Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.

Menonton siaran telivisyen

Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk

Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu.........

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu

Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali

Itupun hanya beberapa lembar dariku.

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu

Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku

Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu

Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...

Setiap saat berlalu...

Dan akhirnya.....

kubur yang setia menunggu mu...........

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...

Di kuburmu nanti....

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.

Yang akan membantu engkau membela diri

Dalam perjalanan ke alam akhirat.

Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.

Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.

Yang berasal dari Allah Azzawajalla

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah

Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.

Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.

Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat

Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil

Di surau kecil kampungmu yang damai

Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....

Dalam bisu dan sepi....
Read more... www.tips-fb.com

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Read more... www.tips-fb.com

Wednesday, March 17, 2010

Iman itu tidak pernah hadir di saat hati menyenangi dunia..

Ia juga tidak akan lahir dari hati yang telah dihiasi dengan keindahan harta..

Tetapi iman itu terbit tika malam semakin pantas menyinsing waktunya..

Mencari dan tercari-cari sekeping hati yang menangisi dosa-dosa yang membelenggu diri di saat dahi menyembah ke bumi..

Sementara teman yang lain terus sibuk mencari mimpi yang menghijab diri dari ..Nur ILAHI..
Read more... www.tips-fb.com

Ku bangga melihatmu derita dalam perjuangan daripada melihatmu gembira dalam kelalaian,

Ku bangga mendengar tangisanmu kerana kerana pengorbanan daripada melihat tawamu dalam pengkhianatan,

Kubangga andai dikau syahid daripada hidup tanpa Islam..
bukalah hatimu untuk ditarbiyahdan mentarbiyah,
moga mulialah kita bersama ajaran Islam..
Read more... www.tips-fb.com

  1. Kurang pendedahan ilmu dan ajaran agama. Sabda Rasulullah SAw yang bermaksud, "Barang siapa yang Allah menghendaki kebaikan atas dirinya, maka Allah memberinya pengetahuan dalam masalah agamanya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  2. Memendam benci,dengki dan dendam kepada orang lain. Tiga kejahatan ini bagaikan karat pada besi, sekiranya tidak dibersihkan dan dikikis dengan segera akan bertambah teruk. Hal ini juga diumpamakan seperti virus yang menyerang hati.
  3. Menu menyihatkan akal. Salah satu punca sihat zahir batin ialah makanan akal yang sihat. Suami dan isteri yang cerdas dan bijak tentu akan memotivasikan diri dan anak0anak agar sentiasa suka membaca, mengkaji dan berbincang. Budaya ilmu dalam rumah dengan kehadiran buku dan bahan bacaan yang menghiasi setiap sudut rumah, perpustakaan yang sederhana boleh juga diwujudkan.
Dipetik daripada: Buku Suami Mithali, Isteri Sejati (ditulis oleh Dr. Juanda Jaya)
Read more... www.tips-fb.com

Monday, March 15, 2010

  • Allah berfirman, maksudnya:Dan laki2 itu tidaklah sama dengan perempuan." (Ali Imran:36)
  • Allah berfirman, maksudnya: "Akan tetapi , para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya." (Al-Baqarah:228)
  • Allah berfirman, maksudnya: "Kaum laki2 itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki2) atas sebahagian yang lain (wanita)." (An-nisa':34)
  • Darjat paling tinggi diberikan kepada lelaki, iaitu darjat kenabian. Semua nabi adalah lelaki kerana nabi dan rasul adalah pemimpin umatnya. Allah berfirman, maksudnya: "Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka." (Al-Anbiya':7)
  • Lelaki menjadi khalifah atau pemimpin tertinggi. Hadis nabi yang berbunyi, "Tidak akan beruntung suatu kaum yang menyerahkan kepimpinan mereka kepada seorang wanita." (HR. Bukhari)
  • Wanita tidak boleh menjadi imam bagi lelaki. "Adapun wanita, maka tidak sah bagi lelaki untuk menjadi makmumnya, baik dalam solat fardhu mahupun sunnah, demikian menurut pendapat para fuqaha' pada umumnya." (Asy-Syarhul Kabir,2/33)
  • Hadis Ibnu Mas'ud r.a., ertinya, "Akhirkanlah mereka (wanita), sebagaimana Allah mengakhirkan mereka."- maksudnya mereka (wanita) tidak dibenarkan memegang kepimpinan baik dalam imamah kubra, khilafah dan sebagainya.
  • Lelaki wajib jihad, wanita tidak. Hadis mabrur menerusi bahawa pada suatu ketika Aisyah r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah, kita memandang bahawa jihad adalah amal yang paling utama, apakah kami (kaum wanita) tidak boleh berjihad? Baginda menjawab, "Tetapi sesungguhnya jihad yang paling utama (bagi wanita) adalah haji mabrur." (HR. Bukhari)
  • Allah berfirman, maksudnya: "Maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat." (An-Nisa:3). Dalam ayat ini Allah menegaskan tentang kemampuan lelaki ke atas wanita yang mana Allah membolehkan lelaki menikahi empat wanita (jika memandang dirinya mampu berlaku adil). Keutamaan ini tidak diberikan kepada wanita kerana sekiranya wanita bernikah melebihi satu, akan terjadilah percampuran nasab, bencana sosial dan sebagainya.
  • Dalam hal perwarisan, lelaki mendapat 2 kali bahagian perempuan. Allah berfirman, maksudnya: "Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian waris untuk) anak2mu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan dua anak perempuan." (An-Nisa': 11)
  • Saksi seorang lelaki dengan dua orang perempuan . Allah berfirman, maksudnya: "Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari seorang lelaki di antara kamu. Jika tidak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi2 yang kami redhai." (Al-Baqarah:282)
  • Lelaki boleh menjadi wali nikah, perempuan tidak.

Read more... www.tips-fb.com