Blogger Templates

Followers

Thursday, April 29, 2010


Tika dahi mencecah sejadah,
tika dahi mencium tanah,
tika hati membongkok sujud,
diri ini terasa kerdil..
kerdil dan tdak bertenaga..

Ya Allah,
insan hina ini seringkali alpa..
insan hina ini sering lupa akan janjinya..
insan kerdil ini sering saja tersalah memilih jalan hidupnya..

Ya Allah,
bimbinglah daku..
ku semat azam di setiap sujudku..
impian agar mendapat redha-Mu..
Read more... www.tips-fb.com

Diriku terpanggil mencurah tinta kata..
Lantaran jiwa ini memanggil-manggil insan tersayang
nun di Negeri Sembilan iaitu keluargaku..

ku mulai tinta kata dengan renungan bersama menerusi surah Luqman ayat ke-14..
Dan kami printahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyaoihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.
(selambat-lambat waktu menyapih ialah sampai anak berumur 2 tahun)

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selama

Ibu, ayah..
merupakan insan yang amat penting dalam hidupku..
tanpa mereka siapalah aku..

Larikan pena mlm ini buat ibu dan ayahku..
Hati ini amat merindui kalian..
Diri ini ingin benar sentiasa ada bersama kalian..


Terima kasih atas segalanya..
tak terbalas jasa kalian..
Daku amat menyayangi kalian..

Ku mohon ampun atas segalanya..
Anakmu ini seringkali tidak dapat menjadi yang terbaik..
Anakmu ini terlalu banyak kekurangan..
Namun kalian tetap mencurah sepenuh kasih sayang padaku..

Ibu, ayah..
daku menyayangi kalian..
daku merindui kalian..
Ya Allah, sayangilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil..
amin Ya Rabb..

ku titip salam di angin lalu..
assalamualaikum ibu dan ayah..
moga kalian dalam keadaan yang terbaik..




Read more... www.tips-fb.com

Sekadar menitip muntahan rasa sang manusia..
di saat diri dirasa tidak berguna..
lantaran hampa pada takdir-Nya..

Sekadar menitip muntahan rasa sang manusia..
dugaan mengocak kekuatan yang ada..
menjulang api semarak kesakitan,,
yang semakin menggila meniti takdirnya..

Sekadar menitip muntahan rasa sang manusia..
jaluran Nur mengisi ruangan beku..
mengisi rasa hati yang membisu..

Sekadar menitip muntahan rasa sang manusia..
tika terkenang saat indah tarbiyah dicipta..
diri hina mula mengatur langkahnya..
hati tertaut, redha pada-Nya..

Sekadar menitip muntahan rasa sang manusia..
ukwahfillah dalam menuju jalan Ilahi..
seringkali insan kerdil ini menyalahi diri..
atas perlakuan yang terleka..

Sekadar menitip muntahan rasa sang manusia..
saat kotak hati sudah mula berbicara..
bahawa ujian sentiasa tiba..
menemani setiap langkah di muka bumi-Nya..

Ku titip muntahan rasa di saat jiwa membeku diselaputi derita..
seakan mahu bercerita..
seakan mahu menggila..
namun takdir Allah itu sentiasa terbaik untuk kita..
bukalah mata hati..
kerana mata hati sang manusia itu akan mengenal penciptanya..
Read more... www.tips-fb.com

Wednesday, April 28, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..
Ku mulai cetusan rasa ini dengan lafaz yang paling mulia.
Dengan nama Maha Pencipta.

Larikan penaku di petang yang hening berkisar ajal kematian..
Asalnya insan manusia daripada tanah dan kembalinya jua kepada tanah..
Sesungguhnya setiap sesuatu yang bernyawa pasti akan mati..
Kitaran hidup sang manusia ibarat roda yang berputar..
tidak sentiasa di atas, tidak juga sentiasa di bawah..
Pabila cukup putaran roda, maka cukuplah jua kitaran hidup manusia..

Setiap yang bermula pasti akan berakhir..
Hembusan nafas pinjaman Ilahi pasti akan ada titik noktahnya suatu saat nanti..
cuma..
detik itu tidak pasti bila ketikanya..

Maka beruntunglah orang-orang yang mengetahui atau diberi tempoh tentang kematiannya..
berbanding dengan sang manusia yang langsung tidak tahu detik kematiannya seperti aku..
Entah sebentar lagi, entah mlm ini, entah esok hari, entah minggu berseleang minggu, tahun bersilih ganti, tahun menjelang tiba..

Setiap helaan nafas kurniaan Ilahi,
hayatilah, hargailah dan penuhinya dengan ingatan pada YA Rabb..
hanya DIA..
kerana Dia Yang Maha Berkuasa..
Maha Mengetahui segala..
baik yang di langit mahupun di bumi..

Ya Allah..
diri ini hina..
diri ini keji..
diri ini seringkali alpa pada suruhan-Mu..

Ya Allah..
Kau beri aku nikmat-Mu..
pnuh nikmat-Mu pada diri ini..
tapi,
aku masih leka, masih alpa, masih jahil..

Ya Allah..
izinkan aku mencari cinta-Mu
izinkan aku menggapai kasih sayang-Mu..
tegarkan hati ini dalam mencari keredaan-Mu..
Read more... www.tips-fb.com