Blogger Templates

Followers

Tuesday, August 31, 2010

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.



4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...



6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.



7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.



9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

Dipetik dari: http://www.facebook.com/note.php?note_id=144758978882517&id=118830551472227
Read more... www.tips-fb.com

Monday, August 30, 2010

Malam ini ana mahu meluahkan lagi apa yang terbuku di hati. Buat para pembaca rintihan hatiku ini, ana mahu bertanya. Apakah perasaan anda semua apabila mengetahui bahawa orang yang telah dikenali bertahun-tahun hakikatnya menipu kita selama ini? Kita rasa seperti telah mengenali perangainya, kegemaran dan sebagainya. Namun, ternyata dia telah menipu kita dan tidak berterus-terang tentang dirinya selama ini? Apatah lagi orang itu pernah menjadi seseorang yang penting dalam diri ini.

Pastinya kepercayaan dan rasa hormat ana pada insan ini kian pudar dan terhakis dengan begitu banyak sekali. Hancur hati apabila mengetahui bahawa diri ditipu hidup-hidup. Susah benarkah untuk bersikap jujur? Akan papa kedanakah dia jika berterus-terang dan jujur pada ana tentang latar belakang, kisah silamnya selama ini? Apakah tujuan dia menghulurkan salam ukhwah 4 tahun yang lalu?

Perasaan ana begitu berkecamuk. Tegarnya hatinya untuk menipu ana selama ini? Ana perlukan insan yang jujur di sekeliling ana. Apakah indah hidup ini sekiranya hidup dalam dunia tipu nista? Pastinya tidak. Jika ditanya kepada para pembaca, pastinya tiada siapa yang mahu dibohongi. Pastinya kejujuran itu yang menjadi tunjang utama.

Apabila ana mengetahui pembohongan yang disembunyikan selama ini, hati ana meraung. Ingin menjerit. Memprotes. Apa salah ana padanya sehingga dia sanggup membohongi ana? Namun, ana cuba untuk rasional. Mungkin inilah tarbiyah daripada Allah agar ana berhati-hati dalam memilih teman pada masa hadapan. Ana tak mahu tertipu lagi. Secara jujurnya, dialah idola ana sebelum ini. Namun, dengan hakikat yang baru ana tahu, ana sudah tidak thiqah padanya lagi.

Ya Allah, tabahkanlah hatiku atas dugaan ini.
Aku yakin ini tarbiyah dan juga ujian-Mu untukku.
Aku terima dengan berlapang dada dan ikhlas walaupun hati ini hancur berkecai.

Ya Allah, bimbinglah aku agar tidak tertipu lagi selepas ini.
Kau anugerahkanlah aku insan-insan yang ikhlas mendampingiku.
Keluarga yang bahagia, sahabat sahabatiah yang ikhlas, pasangan yang jujur, jiran tetangga yang harmoni, negara yang aman.

Ya Allah, berikanlah hidayah-Mu pada insan yang membohongiu selama tempoh perkenalan kami.
Moga terbuka hatinya untuk berubah dan menginsafi kesalahannya itu.
Amin YA Rabb.

Read more... www.tips-fb.com

Dengan lafaz bismillah..

Sungguh,hati ana begitu pedih saat ini.
Mata sarat menakung air mata.
Hina sangatkah ana ini hinggakan sanggup anti putuskan ukhwah hanya kerana seorang lelaki?
Apakah anti tak merasai betapa indahnya ukhwah fillah sesama jantina?
Penting sangatkah lelaki yang bukan mahrammu itu?
Siapakah ana di hati anti?
Tidak adakah walau secebis nama ana di hati anti?

Ya Allah, saat dia melafazkan untuk meleraikan ukhwah itu, hati ana remuk.
Degupan jantungku seakan berhenti, kakiku kaku, berdiri tegak bulu roma terkesima.
Air mata akhirnya gugur jua ke bumi.Tegar anti mengatakan ana begitu. Anti langsung tak beri ana peluang untuk menjelaskan situasi ana. Walau diterangkan secara terperinci sekalipun, ana tetap seperti pesalah bagi anti. Ana dah tak mampu berkata-kata apabila menerima butir-butir amarah daripada anti. Lemah ana mendengarnya. Tiada kata mampu terucap melainkan butiran istighfar di bibir yang antara dengar dan tidak.

Malam itu, mata tak mampu untuk tidur. Sayu benar hati ini. Mudah benar anti tinggalkan ukhwah yang dibina. Ana akui ana juga insan lemah. Insan lemah yang tak lari dari kesilapan. Hati anti masih dengan ketetapan yang dibuat. Tak mengapalah, ana terus akan menanti anti dengan huluran ukhwah. Andai suatu saat nanti anti ingin kembali, carilah ana yang masih mahu menjadi sahabat anti..
Read more... www.tips-fb.com

Wednesday, August 25, 2010

Salam..

Wahai orang2 beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (47:7)

Malam ini ana mahu berkongsi satu kisah. Baru benar berlaku menjelang maghrib pada 15 Ramadhan 1431H. Ana telah ditag di facebook oleh seorang akhwat di Mesir. Artikel itu tentang paderi Melayu. Paderi yang berketurunan Melayu tetapi berusaha memurtadkan umat Islam. Pastinya sesiapa yang tidak kuat akan mudah terpengaruh. Acapkali kalimah syahadah meniti di bibir ketika solat 5 waktu dan ketika mahu tidur, namun mengapa masih boleh terpesona dengan agama lain? Apakah agama Islam yang kita anuti ini tidak indah? Sungguh, agama Islamlah yang begitu unggul, menyeluruh, tiada paksaan melainkan kebaikan, percaya akan adanya alam akhirat. Niat ana menyebarkan info yang diperoleh adalah juga niat dakwah. Namun, apa yang disebarkan telah pun mendapat perhatian seorang guru Bahasa Melayu ketika ana berada dalam tingkatan 2 dan 3. Kebetulan, guru itu beragama Kristian.Lantas, ana terus dibuang daripada senarai rakan di facebook.

Ana terkejut. Namun masih betah mempertahankan agama Allah, agama para nabi dan rasul, agama para sahabat nabi, agama ulama, agama syahid syahidah, agama akhwat ikhwah dan agama umat Islam yang pastinya agama yang tiada tolok bandingnya yang tertegak atas kalimah Lailahaillah Muhammadarrasulullah. Ana terima tindakan guru ana itu dengan berlapang dada. Antara guru dan agama, biarlah ana pilih agama yang ad-din ini.

Di saat ana masih termangu, seorang sahabat lama tampil memberi semangat. Katanya, jalan ke syurga takkan ditaburi dengan bunga-bungaan, tetapi dipenuhi penuh duri-duri luka. Ana diingatkan tentang doa rabitah. Bukankah hati ini telah bersatu dan berpadu untuk memikul beban dakwah-Mu, Ya Allah? Lantas, ana hampir tersenyum kembali. Hakikatnya, agama Allah ini acapkali diserang dari pelbagai sudut. Jika menyebarkan dakwah yang kecil itu mendapat tentangan seperti ini, apatah lagi menyebarkan dakwah yang lebih besar dan terang-terangan? Biarlah dibuang dari senarai rakan di facebook, namun sedikitpun ana tidak gentar untuk menyebarkan hatta sekecil-kecil dakwah.

Pesanan murabbiah tentang dunia itu penjara bagi orang mukmin akan tetap tersemat di hati. Apa yang dilakukan hanyalah kerana Allah. DIA mencipta ana dan kepada-Nya ana akan kembali suatu hari nanti. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Berjuanglah untuk menegakkan agama Islam. Mungkin kita tidak berkemampuan memegang senjata dan berperang serta melontar batu ke arah tentera Israel seperti di Gaza dan Palestin, namun cukuplah kita menyumbang kepada agama dengan memberikan peringatan dan menyebarkan perkara yang betul seperti yang tercatat dalam ayat kedua dan ketiga surah Al-Asr yang bermaksud, Sungguh, manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.Wallahua'lam.
Read more... www.tips-fb.com

Sunday, August 22, 2010

Apabila kecintaanmu benar,
maka semuanya akan terasa mudah,
dan semua yang ada di atas tanah,
akan pulang menjadi tanah lagi.

Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Pemurah. Sungguh, Dia menganugerahi hamba-hamba-Nya sebelum mereka memohon apa yang mereka harapkan. Allah SWT menghargai suatu amal walaupun sedikit dan terus-menerus.Dia seringkali mengampuni banyak kesalahan dan menghapuskan semuanya. Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Dia tidak pernah kepenatan. Sedikitpun tidak beralih dari satu pendengaran ke pendengaran yang lain. Dia tidak pernah berbuat salah dengan banyaknya permasalahan, tidak pernah berasa jemu dengan tekanan permohonan orang-orang yang memohon, bahkan Dia mencintai orang-orang yang memohon dalam doanya. Dia senang diminta dan Dia tidak marah apabila tidak diminta.

Dia malu kepada hamba-Nya, tetapi sebaliknya hamba-Nya yang tidak tahu malu kepada-Nya. Dia menutupi hambanya walaupun ia tidak menutupi dirinya. Dia mengasihi hamba-Nya yang tidak mengasihi dirinya. Tidak ada yang dapat menghilangkan keburukan kecuali Dia. Sesungguhnya, tidak ada yang dapat mengabulkan doa, menghentikan perselisihan kekhilafan, mengampuni kesalahan, menutupu keaiban, menyelamatkan dari bencana, menolong daripada musibah dan memberikan anugerah melainkan hanya Allah SWT semata-mata.

Allah SWT yang lebih luas Dzat-nya, lebih banyak kasih sayang-Nya, lebih dermawan pemberian-Nya, lebih kuat perlindungan-Nya, dan lebih mencukupi hamba yang bertawakkal kepada-Nya. Kasih sayang-Nya kepada hamba-Nya melebihi besarnya kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Dia lebih senang dengan taubat hamba-nya daripada seseorang yang kehilangan unta kenderaan yang membawa makanan dan minumannya di tengah padang sahara yang membahang, kemudian ia putus asa untuk terus bertahan dalam hidup dan tiba-tiba menemui semula kenderaannya itu.
Read more... www.tips-fb.com

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam ini, ingin benar hati ini mencoret sedikit rasa di blog kesayangan. Sedar atau tidak, kini umat Islam kini memasuki fasa kedua Ramadhan iaitu fasa pengampunan. Gunakan peluang ini untuk memohon ampun atas setiap dosa yang dilakukan. Ramadhan yang hanya menjengah setahun sekali ini benar-benar perlu dihargai, dihayati dan digunakan sebaik-baiknya.

Ramadhan ini jugalah kita gunakan untuk semakin mendekati Ya Rabb. Tiada kerugian sedikit pun jika kita cuba mendekati Maha Pencipta ini. Sesungguhnya, jika kita mendekati-Nya selangkah, berkali-kali ganda lagi Dia mendekati hambanya yang serba hina dan kefakiran ini.

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahhuakbar..
Read more... www.tips-fb.com

Jangan mudah melafaz kasih,
Kasih itu pada siapa?
Jangan mudah melafaz sayang,
Sayang itu untuk siapa?
Jangan mudah melafaz cinta,
Cinta itu pada Yang Esa
Cinta bunga,bungakan layu,
Cintakan manusia kan pergi

Cinta yang di hati,
kasih sayang yang hakiki
Kasih yang di cari
Moga Allah meredhai
Cinta yang dihati,
kasih sayang yang hakiki
Kasih yang di cari
Moga Allah meredhai
[ Keroncong Kasih Sayang lyric found on www.lirik.my ]

Cintakan Allah dan RasulNya
Suburkanlah di dalan jiwa
Sayang-sayangi keluarga kita
Moga hidup aman bahgia
Jiran tetangga hormat-menghormati
Sesama manusia kita berbakti

Semoga Allah memberkati
Hidupnya insan di alam ini
Negara makmur dan diredhai
Mendapat keampunan Illahi Semoga Allah memberkati
Hidupnya insan di alam ini
Negara makmur dan diredhai
Mendapat keampunan Illahi

Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia kan pergi
Read more... www.tips-fb.com

Friday, August 13, 2010

Terdapat banyak ibrah (pengajaran) daripada kisah Qarun yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan. Antaranya:

1) Wang dan harta kekayaan adalah bentuk ujian yang terbesar, terutamanya bagi manusia yang lemah iman. Wang dan harta banyak melahirkan tindakan berbentuk penganiayaan dan permusuhan. Nauzubillah. Allah SWT berfirman menerusi ayat ke-15 dalam surah at-Taghabun yang bermaksud, "Sesungguhnya harta dan anak-anakmu hanyalah percubaan bagumu dan di sisi Allahlah pahala yang besar." Allah juga turut menyelitkan firman-Nya menerusi ayat 6 dan 7 dalam surah al-Alaq yang bermaksud, "Ketahuilah sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup."

2) Kesenangan akan nikmat-nikmat duniawi yang sampai pada bentuk peningkatan akan nikmat Allah adalah tercela dan nista, serta dilarang agama, kerana hal itu akan mendorong kepada mendewakan dunia, lebih dari itu akan melalaikan kepada Dzat Pemberi nikmat itu sendiri.

3) Sebenarnya, manusia yang berakal sihat, adalah manusia yang mampu menyeimbangkan dirinya, antara kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Tidak mendewakan dunia, tidak pula anti dunia. Namun, dia berbuat untuk dunianya seakan-akan dia akan hidup untuk selamanya sebaliknya dia akan berbuat untuk akhiratnya seakan-akan akan mati pada keesokan harinya. "Dan carilah pada orang-orang yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu daripada kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain, sebagaimana Allag telah berbuat baik kepadamu." Dengan begitu seseorang akan mensyukuri nikmat Allah termasuk golongan orang-orang yang berterima kasih (syukur).

4)Perbuatan aniaya dan kezaliman dengan segala bentuk, hanya akan melahirkan hukuman dan seksa. "Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi ini, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan."

5) Lupa diri dan bangga diri hanya akan melahirkan kebinasaan dan kehancuran bagi pelakunya. "Seseungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku. Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu tentang dosa-dosa mereka."

6) Kisah Qarun ini mengajak kita untuk menoleh kepada kearifan sejarah, dengan belajar daripada perjalanan kehidupan masa lalu dengan akal jernih dan hati yang bersih, yang sedemikian itu dengan mentradisikan perilaku para soleh serta menjauhi kebusukan sifat para pembuat kerosakan dan dengan itu diri kita akan jernih dan terhindar daripada keburukan. "Dan apakah dia tidak mengetahui bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta." (Surah al-Qasas: ayat 78)

7) Dangkalnya analisis akan melahirkan penyesalan, jikalau hasil yang diharapkan tidak sesuai dengan apa yang diinginkan.

8) Kelapangan rezeki bukanlah wujud daripada kecintaan Allah. Demikian pula dengan kesempitan rezeki bukan tanda daripada kemurkaan Allah. Sesungguhnya kekayaan dan kemiskinan merupakan ketentuan takdir dan hikmah Allah. Kewajipan orang yang yang lapang rezeki ialah bersyukur. Adapun kewajipan orang yang sempit rezeki ialah redha dan sabar.

9) Kenikmatan utama dan ketinggian darjat serta kenikmatan abadi hanya akan diperoleh insan-insan yang rendah hati, soleh dan bertakwa. "Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa." (surah al-Qasas:ayat 83)
Read more... www.tips-fb.com

Wednesday, August 11, 2010

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.“

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Read more... www.tips-fb.com

Monday, August 2, 2010

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luhmahfuz) sebelum Kami menciptakannya, sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (al-Hadid:22)

Sesungguhnya Allah tidak menetapkan kebaikan atau keburukan seseorang melainkan kerana berpaksikan keadilan dan pengetahuan yang dimiliki-Nya. Sekiranya Allah telah menetapkan hidayah kepada seseorang, itu adalah keupayaan orang tersebut dalam mendekatkan diri kepada-Nya. Sebaliknya, jika Allah menetapkan kesesatan pada orang lain, semata-mata kerana kemahuan orang itu sendiri. Sekiranya Allah mengetahui adanya kebaikan pada diri seseorang, tentu Allah akan buat mereka mampu mendengar dan menerima petunjuk. Allah tidak berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya. Firman Allah SWt yang berbunyi,"Kalau kiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah mennjadikan mereka dapat mendengar.." (al-Anfaal:23)

Inilah yang menyebabkan orang Mukmin perlu percaya kepada takdir yang juga merupakan salam satu daripada rukun iman iaitu beriman kepada qada' dan qadar. Penolakan terhadap rukun iman ini boleh membuatkan seseorang mukmin cacat keimanannya. Kita mungkin boleh membuat perancangan, tetapi jauh sekali untuk menentukan keberhasilannya. Sesungguhnya, hanya Allah sahaja zat yang menetapkan segala sesuatu dan Allah bersifat Maha Mengetahui segala sesuatu. Wallahua'lam.
Read more... www.tips-fb.com