Blogger Templates

Followers

Saturday, November 27, 2010

Assalamualaikum..

Baru pulang dari walimah di Kuala Pilah. Bila tengok senior di sekolah dulu naik pelamin, terdetik sesuatu di hati ana. Menginjak ke usia 20, pastinya seseorang itu perlu lebih matang baik dari aspek pelakuan, pemikiran, penampilan dan sebagainya. Apalah gunanya umur meningkat jika perangai masih seperti keanak-anakan.

Tempoh hari, sambil mengemas rumah, ana terjumpa beg sekolah ketika masih berada di tadika dan beg sekolah ketika berada di sekolah rendah. Ana juga turut menjumpai album. Ana selak satu persatu muka surat album tersebut. Ana lihat gambar ana ketika membuat persembahan ketika di tadika, gambar menerima anugerah ketika di sekolah rendah, gambar graduasi di MRSM ketika menengah rendah dan menengah atas, gambar bersama rakan sekelas ketika mengambil jurusan perakaunan di UITM dan gambar di IPG yang mana merupakan tempat ana menuntut ilmu sekarang ini. Sungguh,rasanya diri ini telah dewasa.

Apabila meningkatnya umur seseorang itu baik muslimin mahupun muslimat, pelbagai aspek sewajarnya semakin stabil. Emosi perlu dikawal dengan baik, penampilan sesuai sebagai muslim muslimin, pemikiran yang terbuka dan rasional dan lain-lain lagi. Justeru, apabila menerima pelbagai dugaan, tanganilah ia dengan bijak. Sesungguhnya Allah mahu menguji hamba-Nya. Apabila masalah itu kita hadapi, renungkanlah sejenak. Apakah penyelesaian yang boleh dilakukan? Misalnya, salah faham. Bincanglah dengan tenang. Jernihkan apa yang keruh. Jangan biar masalah berlarutan seandainya diri mampu menyelesaikannya.

Kadangkala, kita merasakan hati ini tidak tenang dan gelisah. Pastinya kita terlupa bahawa zikrullah itulah yang menenangkan hati. Sekiranya terasa perit dalam urusan pelajaran, pastinya kita lupa babahwa niat menuntut ilmu adalah kerana Allah dan bukan diniatkan untuk perkara lain. Sekiranya terasa payah dalam mencari rezeki, pastinya kita lupa bahawa sedekah itulah yang melapangkan harta. Fikir-fikirkanlah.

Lumrahnya, memang manusia ini khilaf. Tetapi, janganlah berputus asa. Sekiranya melakukan kesalahan bahkan melakukan dosa, pulanglah kembali ke pangkal jalan. Kuatkan semangat untuk memohon taubat. Yakinlah bahawa pintu ampunan Maha Agung sentiasa terbuka. Merayulah, merintihlah, mintalah hanya pada-Nya. Setiap yang berlaku adalah dalam pengetahuan dan izin Yang Maha Esa.

Ukirlah senyuman di bibir walaupun diri menghadapi masalah. Jangan terbawa-bawa masalah ke dalam situasi lain. Khuatir kelak satu masalah lain timbul sedangkan masalah terdahulu masih juga belum selesai. Redhalah dan berlapang hati dengan apa jua ketentuan Allah. Yakin pada qada' dan qadar Allah. Pastinya DIA lebih mengetahui sebab dan akibat tentang sesuatu kejadian.

Sama-samalah kita mengambil iktibar. Matanglah dalam berfikir wahai muslimin muslimat. Sekiranya sesuatu nikmat itu ditarik oleh Allah, janganlah kalian bersedih. Mungkin Allah hendak menemukan kita dengan satu nikmat baru yang tidak kita peroleh sebelum ini. Apabila kita bersedih kerana kehilangan sesuatu nikmat, renungkanlah nikmat-nikmat lain yang Allah masih kurniakan kepada kita. Subhanallah. Sesungguhnya banyak lagi nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Wallahu'alam.
Read more... www.tips-fb.com

Friday, November 26, 2010

Kumulai larikan luapan rasa dengan kalimah bismillahirrahmanirrahim..

Menjelang maghrib, tangan ini ingin benar menaip di papan kekunci komputer riba. Ana berasa sayu tiba-tiba. Subhanallah..Maha Suci Allah. Dialah yang menciptakan segala yang ada di langit mahupun di bumi. Ana merasa begitu kerdil. Banyak sungguh kekhilafan yang dilakukan. Namun, Allah masih saja bisa memberi nikmat dan pelbagai kebaikan untuk diri manusia.

Adakah setiap nikmat yang dianugerahkan oleh-Nya telah kita gunakan dengan betul? Adakah nikmat tersebut kita syukuri? Apakah nikmat yang yang tertentu itu digunakan untuk membantu insan yang memerlukan? Sedar atau tidak, terlalu banyak nikmat daripada-Nya. Subhanallah.

Ya Rabbi, ampunkanlah dosa kami. Berikan kami kekuatan untuk menempuh ujian yang diturunkan untuk kami. Jadikalah semua ujian itu sebagai satu mujahadah kami untuk mendekatkan diri kepada-Mu. Amin Ya Rabb.
Read more... www.tips-fb.com