Bismillahirrahmanirrahim..
Ku mulai cetusan rasa ini dengan lafaz yang paling mulia.
Dengan nama Maha Pencipta.
Larikan penaku di petang yang hening berkisar ajal kematian..
Asalnya insan manusia daripada tanah dan kembalinya jua kepada tanah..
Sesungguhnya setiap sesuatu yang bernyawa pasti akan mati..
Kitaran hidup sang manusia ibarat roda yang berputar..
tidak sentiasa di atas, tidak juga sentiasa di bawah..
Pabila cukup putaran roda, maka cukuplah jua kitaran hidup manusia..
Setiap yang bermula pasti akan berakhir..
Hembusan nafas pinjaman Ilahi pasti akan ada titik noktahnya suatu saat nanti..
cuma..
detik itu tidak pasti bila ketikanya..
Maka beruntunglah orang-orang yang mengetahui atau diberi tempoh tentang kematiannya..
berbanding dengan sang manusia yang langsung tidak tahu detik kematiannya seperti aku..
Entah sebentar lagi, entah mlm ini, entah esok hari, entah minggu berseleang minggu, tahun bersilih ganti, tahun menjelang tiba..
Setiap helaan nafas kurniaan Ilahi,
hayatilah, hargailah dan penuhinya dengan ingatan pada YA Rabb..
hanya DIA..
kerana Dia Yang Maha Berkuasa..
Maha Mengetahui segala..
baik yang di langit mahupun di bumi..
Ya Allah..
diri ini hina..
diri ini keji..
diri ini seringkali alpa pada suruhan-Mu..
Ya Allah..
Kau beri aku nikmat-Mu..
pnuh nikmat-Mu pada diri ini..
tapi,
aku masih leka, masih alpa, masih jahil..
Ya Allah..
izinkan aku mencari cinta-Mu
izinkan aku menggapai kasih sayang-Mu..
tegarkan hati ini dalam mencari keredaan-Mu..
Wednesday, April 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment