Malam ini ana mahu meluahkan lagi apa yang terbuku di hati. Buat para pembaca rintihan hatiku ini, ana mahu bertanya. Apakah perasaan anda semua apabila mengetahui bahawa orang yang telah dikenali bertahun-tahun hakikatnya menipu kita selama ini? Kita rasa seperti telah mengenali perangainya, kegemaran dan sebagainya. Namun, ternyata dia telah menipu kita dan tidak berterus-terang tentang dirinya selama ini? Apatah lagi orang itu pernah menjadi seseorang yang penting dalam diri ini.
Pastinya kepercayaan dan rasa hormat ana pada insan ini kian pudar dan terhakis dengan begitu banyak sekali. Hancur hati apabila mengetahui bahawa diri ditipu hidup-hidup. Susah benarkah untuk bersikap jujur? Akan papa kedanakah dia jika berterus-terang dan jujur pada ana tentang latar belakang, kisah silamnya selama ini? Apakah tujuan dia menghulurkan salam ukhwah 4 tahun yang lalu?
Perasaan ana begitu berkecamuk. Tegarnya hatinya untuk menipu ana selama ini? Ana perlukan insan yang jujur di sekeliling ana. Apakah indah hidup ini sekiranya hidup dalam dunia tipu nista? Pastinya tidak. Jika ditanya kepada para pembaca, pastinya tiada siapa yang mahu dibohongi. Pastinya kejujuran itu yang menjadi tunjang utama.
Apabila ana mengetahui pembohongan yang disembunyikan selama ini, hati ana meraung. Ingin menjerit. Memprotes. Apa salah ana padanya sehingga dia sanggup membohongi ana? Namun, ana cuba untuk rasional. Mungkin inilah tarbiyah daripada Allah agar ana berhati-hati dalam memilih teman pada masa hadapan. Ana tak mahu tertipu lagi. Secara jujurnya, dialah idola ana sebelum ini. Namun, dengan hakikat yang baru ana tahu, ana sudah tidak thiqah padanya lagi.
Ya Allah, tabahkanlah hatiku atas dugaan ini.
Aku yakin ini tarbiyah dan juga ujian-Mu untukku.
Aku terima dengan berlapang dada dan ikhlas walaupun hati ini hancur berkecai.
Ya Allah, bimbinglah aku agar tidak tertipu lagi selepas ini.
Kau anugerahkanlah aku insan-insan yang ikhlas mendampingiku.
Keluarga yang bahagia, sahabat sahabatiah yang ikhlas, pasangan yang jujur, jiran tetangga yang harmoni, negara yang aman.
Ya Allah, berikanlah hidayah-Mu pada insan yang membohongiu selama tempoh perkenalan kami.
Moga terbuka hatinya untuk berubah dan menginsafi kesalahannya itu.
Amin YA Rabb.
Monday, August 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment