Blogger Templates

Followers

Thursday, September 2, 2010

Minggu ini ana perlu menghadirkan diri ke Sekolah Kebangsaan Bangsar untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Ana mula bertaaruf dengan guru-guru, kakitangan sokongan dan murid-murid di sekolah ini.

Ana mahu berkongsi sedikit info yang ana peroleh daripada Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ini. Ana kagum dengan keterampilan, keprihatinan dan tanggungjawab beliau. Katanya, " Untuk menjadi seorang guru bukanlah mudah dan bukanlah sukar."

Untuk menjadi muallim, ikutilah panduan berikut:
1) Bersedia sebelum mengajar sama ada dari segi fizikal mahupun mental.
2) Guru bukan sahaja perlu memiliki kekayaan ilmu tetapi juga kekayaan kemahiran.
3) Guru tidak boleh malas dalam mencari ilmu untuk menambah ilmu sedia ada.
4) Perbanyakkan kemahiran agar boleh membantu orang lain.
5) Guru tidak perlu kedekut dengan murid-murid.
6) Guru perlu menyertai aktiviti luar yang difikirkan bersesuaian dengan keupayaan dan kemampuannya.
7) Guru perlu berbaik sangka dan jadilah pemaaf.
8) Banyakkan senyuman kerana senyuman tidak perlukan modal walau sedikit bahkan mendapat keuntungan yakni pahala.
9) Jangan banyak berleter. Kurangkan berleter, lebihkan tindakan.
10) Abaikan pandangan negatif orang terhadap kita. Jangan jadikan pandangan orang sebagai penghalang seorang guru untuk meraih kecemerlangan.
11) Guru perlu membuat penyesuaian mengikut keadaan. Oleh itu, jadilah guru yang fleksibel.

www.tips-fb.com

No comments: