Assalamualaikum..
Di saat malam yang semakin pekat, ana berasa amat rindu untuk mencoret bingkisan kata di blog kesayangan walaupun telah sebulan lebih terbiar sepi. Alhamdulillah, pertamanya ana ingin panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas nikmat iman dan islam yang masih lagi ana peroleh hingga ke detik ini.
Ana menarik nafas sedalam-dalamnya. Menghela nafas dengan penuh ketenangan. Ana rasa ingin berceloteh tentang kifarah. Sambil menjaga roomate yang sedang demam, ana sempat memuhasabah diri. Kadang-kadang kita tidak sedar dengan kesalahan yang dilakukan. Maka, Allah anugerahkan kita dengan penyakit. Tidak kiralah demam ke, selsema hatta pening kepala sekalipun,itu merupakan kafarah yang menghapuskan dosa-dosa kita.
Pastinya, kita tidak mahu mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan. Justeru, nikmat kesakitan itu hayatilah ia dengan penuh rasa insaf. Fikir dan renungkan sedalam-dalamnya. Apakah hikmah di sebalik sakit yang ditanggung?
Wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment