Blogger Templates

Followers

Wednesday, May 5, 2010

Nota cinta buat DIA Maha Pencipta,
Petang ini sayu hati entah mengapa,
Lantaran diri tidak betah meneka,
Titipan apa yang bakal kuterima,
dalam jiwa yang bersalut rasa tak terkata.

Nota cinta buat DIA Maha Pencipta,
kuserah jiwa pada Engkau Yang Berkuasa,
Takdir hidup hanya Engkau yang tahu,
Apakah duka, apakah derita,
entahkan ceria, entahkan gembira,
Sendu jiwa tak mengungkap segala.

Nota cinta buat DIA Maha Pencipta,
Kupasrah menyusur denai hidup,
Yang tercoret di Arasy-Mu,
Kuterima onar hidup ,
Yang terlukis sejak mula diriku dibawa ke dunia.

Nota cinta buat DIA Maha Pencipta,
entah bila aku bakal menghadap-Mu,
entah bila titik noktah penamat segala,
entah bila jiwa tak mampu berkata,
entah bila jasad kaku membujur lalu.

Nota cinta buat DIA Maha Pencipta,
Kasih-Mu tidak pernah lekang mewarna insan,
Rahmat-Mu selalu ada meneman kesunyian,
Sayang-Mu terselit dalam nikmat kehidupan,
cuma
diri ini sering saja leka,
diri ini sering alpa.

Nota cinta buat DIA Maha Pencipta,
tidak terbalas segalanya,
tangan kutadah meminta ampun atas segala dosa,
merungkai sayu rintihan di hati nurani,
mengoyak rasa yang penuh nafsu dunia.
Read more... www.tips-fb.com

Sunday, May 2, 2010

Sudah menjadi fitrah manusia mahu mencintai dan dicintai. Sebagai insan yang turut melalui alam remaja dan kini menginjak ke awal dewasa, ana juga merasakan gelora itu. Namun, apa yang pasti, kebijaksanaan seseorang itulah yang akan menentukan jalan apakah yang dipilih. Adakah mahu leka dan lalai ditelan perasaan yang entah ke mana akhirnya? Atau mahu mencari cinta Ilahi dahulu kerana yakin bahawa cinta insan akan menjelang tiba pabila meraih cinta Ilahi? Naluri ini kadangkala memberontak. Inginkan perhatian, inginkan kasih sayang. Namun, ada jalur asing dalam satu bahagian jiwa. Di sebalik jalur itu terbitnya satu bisikan. Bisikan yang menjadikan segala hasrat dan gelora jiwa sebagai musuh yang nyata. Sesungguhnya iblis itu telah berjanji kepada Allah untuk terus menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari kiamat. Barang sesiapa yang berjaya disesatkan, maka akan menjadi temannya mereput bersama di alam neraka. Namun, diri ini tidak betah untuk terus menyelusuri jalan kaku,kering,kontang. Alhamdulillah, datang jua sesuatu yang amat kunanti dan telah kucari dengan penuh kepayahan dalam perjalananku menempuh onak berliku. Hidayah-Mu Ya Allah sesungguhnya amat kusyukuri. Kerana bukan semua insan diizinkan Ilahi untuk diberi petunjuk. Lantas kutinggalkan segala kenangan silam, kesakitan, kesilapan untuk menuju jalan yang pasti. Kutitip rasa ikhlas dalam hati, kubawa azam mencari cinta-Mu, dibekali dengan tarbiyah yang juga kudapati berlandaskan keizinan-Mu. Jalan dakwah kutempuh, santapan rohani kucari, kekuatan diri digali dari lubuk yang paling dalam, keinsafan terpancar dari rembesan kudrat diri. Kupanjatkan doa pada-Mu Ya Allah agar diri ini istiqamah dalam jalan yang berikan padaku. jujur,diri teras begitu kerdil, malu dan hina untuk menghadap-Mu Ilahi. Terasa seperti masa yang dilalui telah terbuang begitu sahaja. Jiwa insan mudah benar alpa dan lupa akan penciptanya sedangkan Allah tidak pernah melupai hamba-Nya. Betapa banyak kesilapan yang dilakukan, tetapi DIA masih sudi memberikan ruang dan peluang untukku terus betah berjalan di muka bumi ini. Apakah aku ini layak menerima nikmat-Mu sedangkan aku ini insan hina..insan yang banyak melakukan kesilapan. Ya Allah, ampunilah dosaku. Alhamdulillah atas segala nikmat dan hidayah-Mu Ya Allah. Amin YA Rabb.
Read more... www.tips-fb.com



Read more... www.tips-fb.com


Jika menghadapi persoalan, terhimpit dalam dua situasi, sedangkan masih ragu-ragu dengan apa yang dilakukan, lebih baik sekiranya melakukan istikharah.

Niat istikharah:

Doa istikharah:








Read more... www.tips-fb.com

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah,
diri ini ingin cinta yang halal..
Ya Allah,
kuserahkan takdirku pada-Mu..
berikanlah aku cinta hamba yang mencintai-Mu..
Moga dengan cintanya akan mendekatkanku dengan cinta-Mu..
Read more... www.tips-fb.com

Salam..
Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara..
Tidak sempurna iman seseorang sebelum mencintai saudaranya sendiri..
Adakah tegar hati ini melihat saudara seislam di Palestin berlumuran darah..
Wang ringgit yang diguna untuk membeli barangan boikot akan disalurkan kepada Israel..
Dan wang ringgit itulah yang digunakan membeli bom, peluru, menampung kos menghancurkan Palestin..
Nauzubillah..




Read more... www.tips-fb.com

Saturday, May 1, 2010


Bosan melengkapkan portfolio, ana terasa seperti ingin menitipkan sesuatu di blog kesayangan..

Ana selak sehelai demi sehelai buku La Tahzan (jangan bersedih)..
pandangan ini terhenti pada sehelai muka surat..

Jangan bergantung kepada selain Allah..

Menarik benar tajuk ini.
Dzat yang menghidupkan, yang mematikan, yang memberi rezeki ialah Allah. Satu-satunya Tuhan yang berhak disembah. Yang Maha Esa. Yang Maha Berkuasa. Seringkali manusia lemah, mengalami kerisauan dan khuatir terhadap manusia. Sesungguhnya kebergantungan itu diletakkan pada Ilahi. Hanya Dia yang mengetahui setiap sesuatu yang berlaku. Justeru, dekatkan diri pada-Nya. Tinggalkan pujian manusia. Carilah pujian Allah.

Semoga hidupmu selalu indah,
selagi kehidupan manusia lainnya terasa pahit.
Semoga engkau senantiasa nyaman,
selagi banyak manusia merasa hidup tertekan.
Jika cinta yang kau miliki adalah cinta sejati,
maka segalanya akan menjadi mudah.
Setiap yang berada di atas tanah adalah tanah juga.
Read more... www.tips-fb.com