Blogger Templates

Followers

Sunday, May 2, 2010

Sudah menjadi fitrah manusia mahu mencintai dan dicintai. Sebagai insan yang turut melalui alam remaja dan kini menginjak ke awal dewasa, ana juga merasakan gelora itu. Namun, apa yang pasti, kebijaksanaan seseorang itulah yang akan menentukan jalan apakah yang dipilih. Adakah mahu leka dan lalai ditelan perasaan yang entah ke mana akhirnya? Atau mahu mencari cinta Ilahi dahulu kerana yakin bahawa cinta insan akan menjelang tiba pabila meraih cinta Ilahi? Naluri ini kadangkala memberontak. Inginkan perhatian, inginkan kasih sayang. Namun, ada jalur asing dalam satu bahagian jiwa. Di sebalik jalur itu terbitnya satu bisikan. Bisikan yang menjadikan segala hasrat dan gelora jiwa sebagai musuh yang nyata. Sesungguhnya iblis itu telah berjanji kepada Allah untuk terus menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari kiamat. Barang sesiapa yang berjaya disesatkan, maka akan menjadi temannya mereput bersama di alam neraka. Namun, diri ini tidak betah untuk terus menyelusuri jalan kaku,kering,kontang. Alhamdulillah, datang jua sesuatu yang amat kunanti dan telah kucari dengan penuh kepayahan dalam perjalananku menempuh onak berliku. Hidayah-Mu Ya Allah sesungguhnya amat kusyukuri. Kerana bukan semua insan diizinkan Ilahi untuk diberi petunjuk. Lantas kutinggalkan segala kenangan silam, kesakitan, kesilapan untuk menuju jalan yang pasti. Kutitip rasa ikhlas dalam hati, kubawa azam mencari cinta-Mu, dibekali dengan tarbiyah yang juga kudapati berlandaskan keizinan-Mu. Jalan dakwah kutempuh, santapan rohani kucari, kekuatan diri digali dari lubuk yang paling dalam, keinsafan terpancar dari rembesan kudrat diri. Kupanjatkan doa pada-Mu Ya Allah agar diri ini istiqamah dalam jalan yang berikan padaku. jujur,diri teras begitu kerdil, malu dan hina untuk menghadap-Mu Ilahi. Terasa seperti masa yang dilalui telah terbuang begitu sahaja. Jiwa insan mudah benar alpa dan lupa akan penciptanya sedangkan Allah tidak pernah melupai hamba-Nya. Betapa banyak kesilapan yang dilakukan, tetapi DIA masih sudi memberikan ruang dan peluang untukku terus betah berjalan di muka bumi ini. Apakah aku ini layak menerima nikmat-Mu sedangkan aku ini insan hina..insan yang banyak melakukan kesilapan. Ya Allah, ampunilah dosaku. Alhamdulillah atas segala nikmat dan hidayah-Mu Ya Allah. Amin YA Rabb.

www.tips-fb.com

No comments: