Blogger Templates

Followers

Tuesday, December 7, 2010

Assalamualaikum..kali ini agak lewat untuk ana post berkenaan Maal Hijrah 1432. Seringkali kita dengar di corong-corong radio mahupun paparan di dada akhbar hatta ditayangkan di televisyen dan internet tentang sambutan Maal Hijrah ini. Hakikatnya kita biasa mendefinisikan hijrah itu sebagai penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah. Namun, perkataan hijrah itu sebenarnya melambangkan banyak perkara.

Salah satu contohnya ialah penghijrahan diri daripada sikap yang tidak baik kepada sikap yang lebih baik. Ada sesuatu yang ana terbaca dari sumber http://keretamayat.blogspot.com/2006/02/apa-itu-hijrah.html dan ana fikir amat sesuai untuk dikongsikan bersama para pengunjung blog ana. Ianya berkaitan penghijrahan diri kita.

Hijrah (musim pertama)
Dalam perut bonda : 9 bulan 10 hari.
Belajar merangkak : setahun
Belajar berlari : setahun
Belajar membezakan yang mana makanan dan yang mana najis : dua tahun
Belajar membezakan manfaat dan mudarat : setahun
Belajar di tadika : setahun
Belajra di sekolah rendah : enam tahun
Belajar di sekolah menengah : lima tahun
Menikmati alam remaja : setahun
Masuk universiti : lima tahun
Mula bekerja : 24 tahun
Kerja..kerja dan kerja..(cari pasangan)
dijangka kahwin umur 25 tahun..
kerja..kerja..kerja..(dapat zuriat)
Beli kereta ansuran 7 tahun dan beli rumah ansuran 25 tahun
kerja..kerja..kerja..(anak-anak dah mula bersekolah)
Tamat ansuran kereta : umur 32 tahun

kerja..kerja..kerja (trade-in kereta)
dapat menantu umur 47 tahun..
tamat ansuran rumah : umur 50 tahun (dah ada cucu)
kerja..kerja,,kerja (besarkan rumah)
56 tahun : pencen
63 tahun : jadi jenazah

Hijrah (musim kedua)
mandi jenazah, mengkafankan jenazah, sembahyang jenazah
saudara mara melawat @ berziarah (sehari sahaja)

tahlil : 3 hari
mayat dimakan ulat..

tahlil hari ke-7

tahlil hari ke-40
Jenazah sudah menjadi tanah

Hijrah (musim ketiga) 
Dalam kubur : paling kurang 40 ribu tahun
Di Padang Masyar (beribu-ribu tahun) terbahagi kepada tiga hari :
- Hari kebangkitan
- Hari kemurkaan Allah (100 ribu tahun)
- Hari pembalasan (berjuta-juta tahun bergantung kepada Hisab)

Akhirat terbahagi kepada lima tempat iaitu:
1) Mizan
2) Padang Masyar
3) Bawah Arasy
4) Telaga kautsar
5) Titian Sirat (1500 tahun perjalanan)

Hijrah (musim terakhir)
Rezeki berkat
Seksa kubur terangkat
Tangan kanan menerima kitab
Meniti Titian Sirat sepantas kilat
Masuk syurga tanpa hisab

Hadiah ;
Semasa mati malaikat tarik nyawa secara perlahan dan menunjukkan syurga, jadi matinya pun senyum je..
Mayat tidak reput..
Dalam kubur rasanya solat seperti solat dua rakaat sahaja..
Ketika di Padang Masyar, duduk di bawah Arasy..
Tak sedar pun dah meniti Titian Sirat..
Masuk syurga selama-lamanya (macam-macam ada)..


YANG Tersingkir….
Masuk neraka selama2nya jika kapir, bagi org islam kena seksa bergantung pada dosa paling kurang dalam nerakapun 1000 tahun
Nota:
Org munafik duduk bawah neraka sekali
Ada neraka untuk org yang sengaja lenngah2kan solatAda neraka untuk org tak solat
Macam-macam ada.!

Read more... www.tips-fb.com

Saturday, November 27, 2010

Assalamualaikum..

Baru pulang dari walimah di Kuala Pilah. Bila tengok senior di sekolah dulu naik pelamin, terdetik sesuatu di hati ana. Menginjak ke usia 20, pastinya seseorang itu perlu lebih matang baik dari aspek pelakuan, pemikiran, penampilan dan sebagainya. Apalah gunanya umur meningkat jika perangai masih seperti keanak-anakan.

Tempoh hari, sambil mengemas rumah, ana terjumpa beg sekolah ketika masih berada di tadika dan beg sekolah ketika berada di sekolah rendah. Ana juga turut menjumpai album. Ana selak satu persatu muka surat album tersebut. Ana lihat gambar ana ketika membuat persembahan ketika di tadika, gambar menerima anugerah ketika di sekolah rendah, gambar graduasi di MRSM ketika menengah rendah dan menengah atas, gambar bersama rakan sekelas ketika mengambil jurusan perakaunan di UITM dan gambar di IPG yang mana merupakan tempat ana menuntut ilmu sekarang ini. Sungguh,rasanya diri ini telah dewasa.

Apabila meningkatnya umur seseorang itu baik muslimin mahupun muslimat, pelbagai aspek sewajarnya semakin stabil. Emosi perlu dikawal dengan baik, penampilan sesuai sebagai muslim muslimin, pemikiran yang terbuka dan rasional dan lain-lain lagi. Justeru, apabila menerima pelbagai dugaan, tanganilah ia dengan bijak. Sesungguhnya Allah mahu menguji hamba-Nya. Apabila masalah itu kita hadapi, renungkanlah sejenak. Apakah penyelesaian yang boleh dilakukan? Misalnya, salah faham. Bincanglah dengan tenang. Jernihkan apa yang keruh. Jangan biar masalah berlarutan seandainya diri mampu menyelesaikannya.

Kadangkala, kita merasakan hati ini tidak tenang dan gelisah. Pastinya kita terlupa bahawa zikrullah itulah yang menenangkan hati. Sekiranya terasa perit dalam urusan pelajaran, pastinya kita lupa babahwa niat menuntut ilmu adalah kerana Allah dan bukan diniatkan untuk perkara lain. Sekiranya terasa payah dalam mencari rezeki, pastinya kita lupa bahawa sedekah itulah yang melapangkan harta. Fikir-fikirkanlah.

Lumrahnya, memang manusia ini khilaf. Tetapi, janganlah berputus asa. Sekiranya melakukan kesalahan bahkan melakukan dosa, pulanglah kembali ke pangkal jalan. Kuatkan semangat untuk memohon taubat. Yakinlah bahawa pintu ampunan Maha Agung sentiasa terbuka. Merayulah, merintihlah, mintalah hanya pada-Nya. Setiap yang berlaku adalah dalam pengetahuan dan izin Yang Maha Esa.

Ukirlah senyuman di bibir walaupun diri menghadapi masalah. Jangan terbawa-bawa masalah ke dalam situasi lain. Khuatir kelak satu masalah lain timbul sedangkan masalah terdahulu masih juga belum selesai. Redhalah dan berlapang hati dengan apa jua ketentuan Allah. Yakin pada qada' dan qadar Allah. Pastinya DIA lebih mengetahui sebab dan akibat tentang sesuatu kejadian.

Sama-samalah kita mengambil iktibar. Matanglah dalam berfikir wahai muslimin muslimat. Sekiranya sesuatu nikmat itu ditarik oleh Allah, janganlah kalian bersedih. Mungkin Allah hendak menemukan kita dengan satu nikmat baru yang tidak kita peroleh sebelum ini. Apabila kita bersedih kerana kehilangan sesuatu nikmat, renungkanlah nikmat-nikmat lain yang Allah masih kurniakan kepada kita. Subhanallah. Sesungguhnya banyak lagi nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Wallahu'alam.
Read more... www.tips-fb.com

Friday, November 26, 2010

Kumulai larikan luapan rasa dengan kalimah bismillahirrahmanirrahim..

Menjelang maghrib, tangan ini ingin benar menaip di papan kekunci komputer riba. Ana berasa sayu tiba-tiba. Subhanallah..Maha Suci Allah. Dialah yang menciptakan segala yang ada di langit mahupun di bumi. Ana merasa begitu kerdil. Banyak sungguh kekhilafan yang dilakukan. Namun, Allah masih saja bisa memberi nikmat dan pelbagai kebaikan untuk diri manusia.

Adakah setiap nikmat yang dianugerahkan oleh-Nya telah kita gunakan dengan betul? Adakah nikmat tersebut kita syukuri? Apakah nikmat yang yang tertentu itu digunakan untuk membantu insan yang memerlukan? Sedar atau tidak, terlalu banyak nikmat daripada-Nya. Subhanallah.

Ya Rabbi, ampunkanlah dosa kami. Berikan kami kekuatan untuk menempuh ujian yang diturunkan untuk kami. Jadikalah semua ujian itu sebagai satu mujahadah kami untuk mendekatkan diri kepada-Mu. Amin Ya Rabb.
Read more... www.tips-fb.com

Thursday, September 2, 2010

Ketahuilah bahawa riak yang paling besar ialah:

Pertama: Riak munafik iaitu dengan menampakkan iman ketika hatinya kafir. Riak ini lebih besar daripada syirik yang nyata.

Kedua: Riak dengan ibadah yang wajib seperti mengerjakan solat zohor di hadapan orang lain. Sebaliknya jika dia bersendirian, pasti dia tidak solat.

Ketiga: Riak dengan ibadat yang sunat iaitu lebih kecil daripada riak dengan ibadat yang fardu. Jika dia berada di tempat sunyi atau bersendirian, pasti dia tidak mengerjakannya.
Read more... www.tips-fb.com

Ketahuilah bahawa riak terbahagi kepada 6 jenis, iaitu:

Pertama: Riak dengan anggota tubuh badan seperti menampakkan badannya berkeadaan kurus dan pucat agar orang lain menyangka bahawa dia seorang yang kuat mengerjakan ibadat pada malam hari dan kuat berpuasa pada siang hari.

Kedua: Riak dengan kelakuan, seperti menundukkan kepalanya dan melelapkan mata agar orang lain menyangka bahawa dia sedang berfikir tentang apa yang berlaku di akhirat.

Ketiga: Riak dengan pakaian seperti memakai pakaian daripada jenis kain yang amat keras dan bertampal-tampal seupaya orang lain menyangka bahawa dia daripada golongan ahli tasawuf.

Keempat: Riak dengan perkataan seperti keadaan orang yang riak ketika berpidato, ketika memberi nasihat kepada orang lain dengan menggunakan ayat Al-Quran dan hadis atau perkataan orang-orang salaf serta menampakkan hatinya sunyi daripada ikhlas dan benar, seperti menggerakkan bibirnya berzikir di hadapan orang lain.

Kelima: Riak dengan pekerjaan seperti menajangkan masa berdiri rukuk dan sujud di dalam sembahyang di hadapan orang lain.

Keenam: Riak dengan banyak murid dan bertemu dengan guru-guru.
Read more... www.tips-fb.com

Imam Al-Ghazali menjelaskan 10 perkara tentang perlakuan terpuji menerusi kitab Al-Arba'in, iaitu:

Pertama: Taubat daripada segala dosa.

Kedua: Takut akan Alllah SWT

Ketiga: Zuhud

Keempat: Sabar

Kelima: Syukur

Keenam: Ikhlas

Ketujuh: Tawakkal

Kelapan: Kasih kepada Allah SWT

Kesembilan: Redha dengan qadha' Allah

Kesepuluh: Mengingati mati.
Read more... www.tips-fb.com

Minggu ini ana perlu menghadirkan diri ke Sekolah Kebangsaan Bangsar untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Ana mula bertaaruf dengan guru-guru, kakitangan sokongan dan murid-murid di sekolah ini.

Ana mahu berkongsi sedikit info yang ana peroleh daripada Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ini. Ana kagum dengan keterampilan, keprihatinan dan tanggungjawab beliau. Katanya, " Untuk menjadi seorang guru bukanlah mudah dan bukanlah sukar."

Untuk menjadi muallim, ikutilah panduan berikut:
1) Bersedia sebelum mengajar sama ada dari segi fizikal mahupun mental.
2) Guru bukan sahaja perlu memiliki kekayaan ilmu tetapi juga kekayaan kemahiran.
3) Guru tidak boleh malas dalam mencari ilmu untuk menambah ilmu sedia ada.
4) Perbanyakkan kemahiran agar boleh membantu orang lain.
5) Guru tidak perlu kedekut dengan murid-murid.
6) Guru perlu menyertai aktiviti luar yang difikirkan bersesuaian dengan keupayaan dan kemampuannya.
7) Guru perlu berbaik sangka dan jadilah pemaaf.
8) Banyakkan senyuman kerana senyuman tidak perlukan modal walau sedikit bahkan mendapat keuntungan yakni pahala.
9) Jangan banyak berleter. Kurangkan berleter, lebihkan tindakan.
10) Abaikan pandangan negatif orang terhadap kita. Jangan jadikan pandangan orang sebagai penghalang seorang guru untuk meraih kecemerlangan.
11) Guru perlu membuat penyesuaian mengikut keadaan. Oleh itu, jadilah guru yang fleksibel.
Read more... www.tips-fb.com