Blogger Templates

Followers

Monday, March 15, 2010

  • Allah berfirman, maksudnya:Dan laki2 itu tidaklah sama dengan perempuan." (Ali Imran:36)
  • Allah berfirman, maksudnya: "Akan tetapi , para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya." (Al-Baqarah:228)
  • Allah berfirman, maksudnya: "Kaum laki2 itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki2) atas sebahagian yang lain (wanita)." (An-nisa':34)
  • Darjat paling tinggi diberikan kepada lelaki, iaitu darjat kenabian. Semua nabi adalah lelaki kerana nabi dan rasul adalah pemimpin umatnya. Allah berfirman, maksudnya: "Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka." (Al-Anbiya':7)
  • Lelaki menjadi khalifah atau pemimpin tertinggi. Hadis nabi yang berbunyi, "Tidak akan beruntung suatu kaum yang menyerahkan kepimpinan mereka kepada seorang wanita." (HR. Bukhari)
  • Wanita tidak boleh menjadi imam bagi lelaki. "Adapun wanita, maka tidak sah bagi lelaki untuk menjadi makmumnya, baik dalam solat fardhu mahupun sunnah, demikian menurut pendapat para fuqaha' pada umumnya." (Asy-Syarhul Kabir,2/33)
  • Hadis Ibnu Mas'ud r.a., ertinya, "Akhirkanlah mereka (wanita), sebagaimana Allah mengakhirkan mereka."- maksudnya mereka (wanita) tidak dibenarkan memegang kepimpinan baik dalam imamah kubra, khilafah dan sebagainya.
  • Lelaki wajib jihad, wanita tidak. Hadis mabrur menerusi bahawa pada suatu ketika Aisyah r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah, kita memandang bahawa jihad adalah amal yang paling utama, apakah kami (kaum wanita) tidak boleh berjihad? Baginda menjawab, "Tetapi sesungguhnya jihad yang paling utama (bagi wanita) adalah haji mabrur." (HR. Bukhari)
  • Allah berfirman, maksudnya: "Maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat." (An-Nisa:3). Dalam ayat ini Allah menegaskan tentang kemampuan lelaki ke atas wanita yang mana Allah membolehkan lelaki menikahi empat wanita (jika memandang dirinya mampu berlaku adil). Keutamaan ini tidak diberikan kepada wanita kerana sekiranya wanita bernikah melebihi satu, akan terjadilah percampuran nasab, bencana sosial dan sebagainya.
  • Dalam hal perwarisan, lelaki mendapat 2 kali bahagian perempuan. Allah berfirman, maksudnya: "Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian waris untuk) anak2mu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan dua anak perempuan." (An-Nisa': 11)
  • Saksi seorang lelaki dengan dua orang perempuan . Allah berfirman, maksudnya: "Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari seorang lelaki di antara kamu. Jika tidak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi2 yang kami redhai." (Al-Baqarah:282)
  • Lelaki boleh menjadi wali nikah, perempuan tidak.

www.tips-fb.com

No comments: