- Kurang pendedahan ilmu dan ajaran agama. Sabda Rasulullah SAw yang bermaksud, "Barang siapa yang Allah menghendaki kebaikan atas dirinya, maka Allah memberinya pengetahuan dalam masalah agamanya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
- Memendam benci,dengki dan dendam kepada orang lain. Tiga kejahatan ini bagaikan karat pada besi, sekiranya tidak dibersihkan dan dikikis dengan segera akan bertambah teruk. Hal ini juga diumpamakan seperti virus yang menyerang hati.
- Menu menyihatkan akal. Salah satu punca sihat zahir batin ialah makanan akal yang sihat. Suami dan isteri yang cerdas dan bijak tentu akan memotivasikan diri dan anak0anak agar sentiasa suka membaca, mengkaji dan berbincang. Budaya ilmu dalam rumah dengan kehadiran buku dan bahan bacaan yang menghiasi setiap sudut rumah, perpustakaan yang sederhana boleh juga diwujudkan.
Wednesday, March 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment