Blogger Templates

Followers

Saturday, April 9, 2011

Bismillah..

Setelah 2 bulan menyepi, akhirnya ana berkesempatan menunaikan hajat mencoret sepatah dua kata di blog tersayang. Semalam, ana pulang ke rumah di Negeri Sembilan. Hati berbunga riang tatkala memikirkan bahawa akan bertemu keluarga tercinta. 




Namun, ketika berada dalam KTM komuter, hati ni sedikit tersentuh apabila melihat segelintir golongan muda yang kurang prihatin terhadap golongan yang lebih memerlukan. Telah jelas terpampang sticker di dinding tren yang tertulis utamakan warga emas, ibu mengandung dan orang kurang upaya. Namun demikian, sticker hanya tinggal sticker. Ana tersentuh hati melihat seorang warga emas berbangsa Cina dibiarkan berdiri sepanjang perjalanan. Dalam hati berkata, " Kalaulah aku yang tengah duduk sekarang ni, biarlah aku yang bangun." Alangkah kecewanya hati ini apabila menyedari bahawa ana pun tidak duduk. Sedang berdiri bersama yang lain. Almaklumlah, menaiki tren pada hari Jumaat diibaratkan seperti ikan sardin yang berada dalam tin. 





Ana hanya mampu memandang. Di mana rasa kasihan dan prihatin dalam hati generasi muda? Mereka yang muda semestinya mampu berdiri di dalam tren berbanding warga emas. Golongan muda ini dengan muka yang selamba masih boleh buat-buat tidak tahu, berbual dan bergelak ketawa sesama rakan mereka. Aduh, ini juga sebenarnya sejenis 'penyakit' yang melekat dalam hati golongan muda masa kini. Kurangnya rasa simpati dan empati terhadap orang lain. Kurang kesedaran. Apakah mereka tidak boleh membayangkan sekiranya warga emas itu ialah ibu bapa mereka yang sedang berdiri di dalam tren sepanjang perjalanan sedangkan mereka sudah berusia dan tidak mempunyai kudrat sekuat mana. 







Di sini ana ingin mengambil kesempatan untuk menyeru diri ana dan pembaca sekalian. Bukalah mata hatimu. Prihatin dan pekalah terhadap persekitaran. Beri laluan dan pertolongan kepada golongan yang lebih memerlukan. Sayangi dan hormatilah mereka. Bersyukurlah kerana kita masih diberi kudrat dan kekuatan yang lebih daripada gologan memerlukan. Mengapa? Kerana Allah mahu kita membantu golongan ini. Jangan bersikap ego dan tidak kisah. Kelak, sikap ini hanya akan memakan diri. MasyaAllah. Wallahua'lam.

www.tips-fb.com

No comments: