Blogger Templates

Followers

Thursday, September 2, 2010

Ketahuilah bahawa riak yang paling besar ialah:

Pertama: Riak munafik iaitu dengan menampakkan iman ketika hatinya kafir. Riak ini lebih besar daripada syirik yang nyata.

Kedua: Riak dengan ibadah yang wajib seperti mengerjakan solat zohor di hadapan orang lain. Sebaliknya jika dia bersendirian, pasti dia tidak solat.

Ketiga: Riak dengan ibadat yang sunat iaitu lebih kecil daripada riak dengan ibadat yang fardu. Jika dia berada di tempat sunyi atau bersendirian, pasti dia tidak mengerjakannya.
Read more... www.tips-fb.com

Ketahuilah bahawa riak terbahagi kepada 6 jenis, iaitu:

Pertama: Riak dengan anggota tubuh badan seperti menampakkan badannya berkeadaan kurus dan pucat agar orang lain menyangka bahawa dia seorang yang kuat mengerjakan ibadat pada malam hari dan kuat berpuasa pada siang hari.

Kedua: Riak dengan kelakuan, seperti menundukkan kepalanya dan melelapkan mata agar orang lain menyangka bahawa dia sedang berfikir tentang apa yang berlaku di akhirat.

Ketiga: Riak dengan pakaian seperti memakai pakaian daripada jenis kain yang amat keras dan bertampal-tampal seupaya orang lain menyangka bahawa dia daripada golongan ahli tasawuf.

Keempat: Riak dengan perkataan seperti keadaan orang yang riak ketika berpidato, ketika memberi nasihat kepada orang lain dengan menggunakan ayat Al-Quran dan hadis atau perkataan orang-orang salaf serta menampakkan hatinya sunyi daripada ikhlas dan benar, seperti menggerakkan bibirnya berzikir di hadapan orang lain.

Kelima: Riak dengan pekerjaan seperti menajangkan masa berdiri rukuk dan sujud di dalam sembahyang di hadapan orang lain.

Keenam: Riak dengan banyak murid dan bertemu dengan guru-guru.
Read more... www.tips-fb.com

Imam Al-Ghazali menjelaskan 10 perkara tentang perlakuan terpuji menerusi kitab Al-Arba'in, iaitu:

Pertama: Taubat daripada segala dosa.

Kedua: Takut akan Alllah SWT

Ketiga: Zuhud

Keempat: Sabar

Kelima: Syukur

Keenam: Ikhlas

Ketujuh: Tawakkal

Kelapan: Kasih kepada Allah SWT

Kesembilan: Redha dengan qadha' Allah

Kesepuluh: Mengingati mati.
Read more... www.tips-fb.com

Minggu ini ana perlu menghadirkan diri ke Sekolah Kebangsaan Bangsar untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Ana mula bertaaruf dengan guru-guru, kakitangan sokongan dan murid-murid di sekolah ini.

Ana mahu berkongsi sedikit info yang ana peroleh daripada Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ini. Ana kagum dengan keterampilan, keprihatinan dan tanggungjawab beliau. Katanya, " Untuk menjadi seorang guru bukanlah mudah dan bukanlah sukar."

Untuk menjadi muallim, ikutilah panduan berikut:
1) Bersedia sebelum mengajar sama ada dari segi fizikal mahupun mental.
2) Guru bukan sahaja perlu memiliki kekayaan ilmu tetapi juga kekayaan kemahiran.
3) Guru tidak boleh malas dalam mencari ilmu untuk menambah ilmu sedia ada.
4) Perbanyakkan kemahiran agar boleh membantu orang lain.
5) Guru tidak perlu kedekut dengan murid-murid.
6) Guru perlu menyertai aktiviti luar yang difikirkan bersesuaian dengan keupayaan dan kemampuannya.
7) Guru perlu berbaik sangka dan jadilah pemaaf.
8) Banyakkan senyuman kerana senyuman tidak perlukan modal walau sedikit bahkan mendapat keuntungan yakni pahala.
9) Jangan banyak berleter. Kurangkan berleter, lebihkan tindakan.
10) Abaikan pandangan negatif orang terhadap kita. Jangan jadikan pandangan orang sebagai penghalang seorang guru untuk meraih kecemerlangan.
11) Guru perlu membuat penyesuaian mengikut keadaan. Oleh itu, jadilah guru yang fleksibel.
Read more... www.tips-fb.com

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih daripada seribu bulan yang lain. Hal ini dapat kita lihat daripada apa yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran menerusi surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang bermaksud : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a. Mengapa kita harus mencari Lailatul-Qadar? Jawapnya ialah kerana malam itu satu-satunya malam yang penuh keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( Kira-kira 83 tahun 3 bulan )..
Pada malam tersebut dengan izin Allah, para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun kebumi untuk bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohan kebaikan daripada Allah Taala. Para malaikat akan mengaminkan doa mereka itu. Merupakan detik-detik keemasan yang menjanjikan sinar kegemilangan individu muslim untuk merebut syurga Allah dalam kehidupan kekal abadi iaitu di akhirat.
Sianaran matahari esoknya tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju kelangit setelah berhimpun dipelosok bumi pada malam Lailatul-Qadar.


ia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.
Read more... www.tips-fb.com

Tuesday, August 31, 2010

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.



4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...



6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.



7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.



9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

Dipetik dari: http://www.facebook.com/note.php?note_id=144758978882517&id=118830551472227
Read more... www.tips-fb.com

Monday, August 30, 2010

Malam ini ana mahu meluahkan lagi apa yang terbuku di hati. Buat para pembaca rintihan hatiku ini, ana mahu bertanya. Apakah perasaan anda semua apabila mengetahui bahawa orang yang telah dikenali bertahun-tahun hakikatnya menipu kita selama ini? Kita rasa seperti telah mengenali perangainya, kegemaran dan sebagainya. Namun, ternyata dia telah menipu kita dan tidak berterus-terang tentang dirinya selama ini? Apatah lagi orang itu pernah menjadi seseorang yang penting dalam diri ini.

Pastinya kepercayaan dan rasa hormat ana pada insan ini kian pudar dan terhakis dengan begitu banyak sekali. Hancur hati apabila mengetahui bahawa diri ditipu hidup-hidup. Susah benarkah untuk bersikap jujur? Akan papa kedanakah dia jika berterus-terang dan jujur pada ana tentang latar belakang, kisah silamnya selama ini? Apakah tujuan dia menghulurkan salam ukhwah 4 tahun yang lalu?

Perasaan ana begitu berkecamuk. Tegarnya hatinya untuk menipu ana selama ini? Ana perlukan insan yang jujur di sekeliling ana. Apakah indah hidup ini sekiranya hidup dalam dunia tipu nista? Pastinya tidak. Jika ditanya kepada para pembaca, pastinya tiada siapa yang mahu dibohongi. Pastinya kejujuran itu yang menjadi tunjang utama.

Apabila ana mengetahui pembohongan yang disembunyikan selama ini, hati ana meraung. Ingin menjerit. Memprotes. Apa salah ana padanya sehingga dia sanggup membohongi ana? Namun, ana cuba untuk rasional. Mungkin inilah tarbiyah daripada Allah agar ana berhati-hati dalam memilih teman pada masa hadapan. Ana tak mahu tertipu lagi. Secara jujurnya, dialah idola ana sebelum ini. Namun, dengan hakikat yang baru ana tahu, ana sudah tidak thiqah padanya lagi.

Ya Allah, tabahkanlah hatiku atas dugaan ini.
Aku yakin ini tarbiyah dan juga ujian-Mu untukku.
Aku terima dengan berlapang dada dan ikhlas walaupun hati ini hancur berkecai.

Ya Allah, bimbinglah aku agar tidak tertipu lagi selepas ini.
Kau anugerahkanlah aku insan-insan yang ikhlas mendampingiku.
Keluarga yang bahagia, sahabat sahabatiah yang ikhlas, pasangan yang jujur, jiran tetangga yang harmoni, negara yang aman.

Ya Allah, berikanlah hidayah-Mu pada insan yang membohongiu selama tempoh perkenalan kami.
Moga terbuka hatinya untuk berubah dan menginsafi kesalahannya itu.
Amin YA Rabb.

Read more... www.tips-fb.com