Blogger Templates

Followers

Friday, October 21, 2011

Suami berkata kepada isterinya :
✿~ Jika Syurga adalah BUNGA, saya akan memetiknya untuk kamu..
✿~ Jika Syurga itu BURUNG, saya akan menangkapnya untuk kamu..
✿~ Jika Syurga adalah sebuah RUMAH, saya membina untuk kamu..

TETAPI..

>>> Syurga Jannah TIDAK PERNAH DILIHAT dan saya akan BERDOA kepada ALLAH untuk MENEMPAHnya buat kamu..(✿◠‿◠)

Read more... www.tips-fb.com

Bismillah..

Malam ini keadaan di IPG Kampus Bahasa Melayu sedikit sunyi kerana ramai guru pelatih telah pulang ke kampung halaman masing-masing. Ada juga yang balik pagi esok. Ada juga yang balik lewat sedikit kerana nak bersama-sama menyertai HIMPUN (22 Oktober) dan Konvensyen Keluarga Melayu Muslim (23 Oktober). Sebenarnya tengah touch up blog. Sengaja nak take five untuk coretkan something di blog kesayangan ana. Hehe.

Berbalik kepada tajuk post kali ni iaitu KELAMBU. Apa KELAMBU tu? Bukan ke kelambu digunakan untuk mengelakkan daripada gigitan nyamuk ketika tidur?  

 Kelambu macam ni lah ana guna masa kecil-kecil dulu. Huhu.

Exactly correct. Tapi ana bukan nak cakap tentang kelambu yang guna masa nak tidur tu. Ana nak cakap tentang KELAMBU seorang muslimah. 


 Kelambu inilah yang ana maksudkan, iaitu hijab untuk seorang wanita. 

Apa agaknya content post bertajuk KELAMBU ya? 

Meh sini ana share. Wanita merupakan salah satu ciptaan Allah S.W.T. yang sangat cantik. Bermula dari ubun-ubun kepala sehinggalah ke tapak kaki, cantik sungguh. Sebab itulah wanita diperintahkan menutup aurat mereka melainkan kepada mahramnya sahaja. 

Siapa Mahram kita? Tengok jadual di bawah. ^_^ 





Cuba fikir semula. Kenapa ya ana kata wanita itu wanita itu cantik? Mengapa pula wanita kena tutup semua anggota badan melainkan muka dan tapak tangan sahaja?Setiap bahagian pada seorang wanita itu mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Sebab itulah wanita perlu menutup auratnya, Jika tidak ditutup, pasti ada hati lelaki yang bergetar dan tergugat kerananya. Lebih membahayakan lagi apabila diiiringi pula dengan nafsu syahwat. Nauzubillah. Wanita itu bukan diciptakan untuk menarik perhatian lelaki sebaliknya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk seorang lelaki yang akan menjadi pendamping hidup serta pemberi semangat kepada tulang rusuknya iaitu suami.


Jom fikirkan sejenak. Ada orang kata pakai hijab ni leceh. Panaslah. Tak stylo. Selekeh. Siapa kata leceh? Siapa kata panas? Siapa kata tak stylo? Siapa kata selekeh? Sebenarnya itu hanya alasan. Alasan semata-mata. Ana tak rasa pun leceh, panas, tak stylo, selekeh. Sebaliknya, hijab tu ibarat pendinding diri. Apabila pakai hijab, bahagian-bahagian tertentu dapat ditutup. Mata pun selesa je memandang. Haa..kan manis macam tu. Hijab sebenarnya pelindung muslimah. Agar diri kita terjaga. Itu tandanya Allah memelihara kita. Tak ke kita patut rasa amat bersyukur dengan perlindungan Allah tu?



Jadi, jangan kata:


"Apalah susahkan diri pakai hijab."
"Tak stylo giler!"
"Panas!"
"Lecehnya pakai hijab."
"Aku tengok selekeh je minah tudung tu."
"Dah macam kelambu bila pakai tudung ni."






Apa yang Allah perintahkan untuk kita sebenarnya itulah yang terbaik. Percayalah. 







Biar sekarang kita merasai susah payah nak tutup aurat supaya maruah diri terjaga. Dunia hanya pinjaman. Dunia tempat kita menyemai benih amal ibadah. Akhirat tempat kita menuai pahala. Wallahua'lam.

Read more... www.tips-fb.com

Jom sertai HIMPUN!! ^_^



Semua peserta mestilah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) seperti berikut :
  1. Datang awal supaya mengelakkan kesesakan jalan dan kemasukan ke dalam stadium.
     
  2. Membawa sejadah untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar 
     
  3. Berpakaian sopan sejajar dengan akhlak Islam dan nilai-nilai ketimuran
     
  4. Bersurai secara aman dan teratur selepas tamat perhimpunan
     
  5. Menjaga kebersihan stadium dan tidak merosakkan apa jua harta serta barangan di dalam stadium
     
  6. Menjaga keselamatan kenderaan masing-masing
     
  7. Mematuhi setiap arahan dan memberi kerjasama penuh kepada urusetia HIMPUN sepanjang perhimpunan berlangsung.

Larangan :
  1. Membawa edaran dan risalah yang berbentuk provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman program
     
  2. Membawa atau mempamer apa-apa sepanduk, kain rentang atau placard selain dari slogan yang dibenarkan oleh pihak penganjur.
     
  3. Membuat sebarang bentuk provokasi atau mencetuskan suasana yang tegang dan menjejaskan keamanan.
     
  4. Membawa sebarang bentuk senjata atau barang-barang yang merbahaya seperti mercun dan sebagainya kedalam kawasan perhimpunan berlangsung.
Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?
  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
     
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
     
  • Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
     
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
     
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
     
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.


Jom sertai Konvensyen Keluarga Melayu Muslim 2011!! ^_^



Objektif KKMM
  • Memberi pendedahan berkaitan isu semasa permasalahan keluarga Melayu Muslim masa kini
  • Menjelaskan kedudukan Melayu Muslim dari perspektif sejarah dan sosiologi.
  • Menjelaskan Kepentingan Keluarga Melayu Muslim serta hala tuju dalam menyumbang kepada keutuhan Masyarakat Malaysia.
  • Memberi pendedahan metodologi kepada pembentukan sebuah Keluarga Melayu Muslim yang berjati diri.




Read more... www.tips-fb.com


Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari. Sebenarnya ada kelas pagi. Tapi, tiba-tiba pensyarah call dan bagitahu tak ada kelas. Pantas saja jejari ni menekan punat on laptop. Terus online. Tergerak hati nak baca blog Fatimah Syarha. Salah seorang muslimah yang ana hormati dan kagumi. Bilalah agaknya nak jadi macam dia ya? Hurm..


Selesai membaca blog Fatimah Syarha, ana membuka pula blog sendiri. Dah sebulan lebih tak post apa-apa di blog sendiri. Pukul 2.20 petang ni ada Majlis Anugerah Pengarah di Dewan Tun Sri Lanang. Nervous pula rasanya. Alhamdulillah dapat pointer 3.85. Merasalah dapat anugerah. Macam tak percaya je pada mulanya dapat pointer macam tu. Rezeki Allah bagi. Mungkin juga pendorong untuk ana lebih tekun belajar selepas ini. 

Dalam tempoh seminggu, ana tak berapa sihat. Ramai kawan-kawan wish syafakillah. Terharu rasanya bila ada insan yang ambil berat. Halaqahmate pun datang ziarah ana di bilik. Malu pula rasanya. Hehe. Semalam masa pergi ke klinik, Doktor kata ana tak ada apa-apa. Alhamdulillah. Risau juga kalau ada yang tak kena. "Rasa macam nak kongsi sesuatulah", bisik hati.

Bila kita melihat sesuatu yang terjadi dengan kaca mata ISLAM dan IMAN, kita melihat semuanya adalah kebaikan. 

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : 
"Tidak ada sesuatu menimpa seorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan mengingatkan apa yang berlaku sehinggakan tikaman duri mencucuknya melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosanya." 
(hadis riwayat Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah)

Seharian hidup kita tidak pernah terlepas daripada ujian. Tidak kiralah ujian yang dalam bentuk kesedihan, kegembiraan, dan sebagainya. Tapi, hakikatnya hati itu perlu yakin bahawa setiap apa yang berlaku sebenarnya mempunyai hikmah yang tersendiri. Mari fikirkan satu contoh. Pada suatu hari, seorang muslimah berjalan dan tiba-tiba kakinya tersepak batu di tepi jalan dan hampir jatuh. Di hadapan pula terdapat lubang besar. Muslimah itu mengeluh dan memarahi batu itu kerana membuatnya malu. Manalah tahu kalau-kalau dia terlanggar batu supaya dia lebih berhati-hati dengan jalan yang berlubang di hadapan. MasyaAllah. Ada hikmah kan apa yang berlaku kepada muslimah itu? Barangkali kalau dia tidak tersepak batu, mungkin dia berjalan dengan semberono sahaja. Malah ada kemungkinan untuk terjatuh ke dalam lubang yang besar di hadapan. Mungkin boleh membuatnya tercedera. 

Oleh itu, apabila kita diuji, terimalah dengan redha dan jadikan ianya sebagai pengajaran serta menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang boleh menambahkan kematangan kita. 

Islam mengajar kita untuk menjadi sangat positif. Positiflah menerima tarbiyah daripada Allah. Allah memberi tarbiyah-Nya secara berhikmah agar kita berfikir. Allah mendidik kita bukan secara terus tetapi dengan penuh hikmah supaya kita berfikir. Beruntunglah orang-orang yang menyedari dan mensyukuri perhatian yang Allah beri kepada mereka.

Tuntasnya, marilah kita sama-sama bersyukur atas apa jua kurniaan Allah untuk kita. Allah pastinya mahu yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Yakinlah. ^_^





Read more... www.tips-fb.com

Monday, September 5, 2011

Assalamualaikum. Tiba-tiba jari mahu menaip di atas papan kekunci. Lima bulan blog ana ditinggalkan. Barangkali ilham rehat sebentar. Malam ini ana nak berceloteh sekejap. Sepatutnya kena buat assignment, tapi layan blog sekejaplah. Hehe.

Bila bercakap tentang cinta, semua orang pasti pernah merasainya. Tidak kiralah cinta kepada sesiapa pun. Tapi ada cinta yang paling agung. Apa ya? Mestilah cinta Allah. Ya, kita perlu mencintai Allah. Sebab apa? Sebab Dialah yang mencipta kita. 

Kata orang cinta itu manis, tapi ya ke manis? I Lap U..U lap Me la katakan. Berkepit ke sana ke mari. Cinta apa yang manis kalau menolak ke tepi hukum-hukum agama? Huhu. Renung-renungkan. 

Rasa untuk mencintai dan ingin dicintai itu itu fitrah. Tapi, biarlah dengan cara yang betul. Kan seronok bila bercinta dengan suami/isteri sendiri. Bagi yang belum masanya untuk bernikah, berdoalah. Berdoalah agar dia menjadi kekasih halalmu. Wallahua'lam.





Read more... www.tips-fb.com

Saturday, April 9, 2011

Bismillah..

Setelah 2 bulan menyepi, akhirnya ana berkesempatan menunaikan hajat mencoret sepatah dua kata di blog tersayang. Semalam, ana pulang ke rumah di Negeri Sembilan. Hati berbunga riang tatkala memikirkan bahawa akan bertemu keluarga tercinta. 




Namun, ketika berada dalam KTM komuter, hati ni sedikit tersentuh apabila melihat segelintir golongan muda yang kurang prihatin terhadap golongan yang lebih memerlukan. Telah jelas terpampang sticker di dinding tren yang tertulis utamakan warga emas, ibu mengandung dan orang kurang upaya. Namun demikian, sticker hanya tinggal sticker. Ana tersentuh hati melihat seorang warga emas berbangsa Cina dibiarkan berdiri sepanjang perjalanan. Dalam hati berkata, " Kalaulah aku yang tengah duduk sekarang ni, biarlah aku yang bangun." Alangkah kecewanya hati ini apabila menyedari bahawa ana pun tidak duduk. Sedang berdiri bersama yang lain. Almaklumlah, menaiki tren pada hari Jumaat diibaratkan seperti ikan sardin yang berada dalam tin. 





Ana hanya mampu memandang. Di mana rasa kasihan dan prihatin dalam hati generasi muda? Mereka yang muda semestinya mampu berdiri di dalam tren berbanding warga emas. Golongan muda ini dengan muka yang selamba masih boleh buat-buat tidak tahu, berbual dan bergelak ketawa sesama rakan mereka. Aduh, ini juga sebenarnya sejenis 'penyakit' yang melekat dalam hati golongan muda masa kini. Kurangnya rasa simpati dan empati terhadap orang lain. Kurang kesedaran. Apakah mereka tidak boleh membayangkan sekiranya warga emas itu ialah ibu bapa mereka yang sedang berdiri di dalam tren sepanjang perjalanan sedangkan mereka sudah berusia dan tidak mempunyai kudrat sekuat mana. 







Di sini ana ingin mengambil kesempatan untuk menyeru diri ana dan pembaca sekalian. Bukalah mata hatimu. Prihatin dan pekalah terhadap persekitaran. Beri laluan dan pertolongan kepada golongan yang lebih memerlukan. Sayangi dan hormatilah mereka. Bersyukurlah kerana kita masih diberi kudrat dan kekuatan yang lebih daripada gologan memerlukan. Mengapa? Kerana Allah mahu kita membantu golongan ini. Jangan bersikap ego dan tidak kisah. Kelak, sikap ini hanya akan memakan diri. MasyaAllah. Wallahua'lam.


Read more... www.tips-fb.com

Saturday, February 12, 2011

Kira-kira jam 6.40 pagi hari Khamis, Hana menerima panggilan daripada ibunya. "Yong, atuk dah tak ada."



Hana terdiam,terkaku. Nafasnya terhenti. Sungguh kehilangan ini sangat tak terduga. Bagai guruh berdentum dan kilat sabung menyabung di sekelilingnya pada waktu itu.

"Innalillahiwainnailaihirajiun". Hanya itu yang meniti di bibirnya. Air mata jatuh berguguran.

Hatinya meronta-ronta ingin pulang. Namun, seandainya dia pulang, hanya kuburan sahaja yang dapat dilihat. Masa berlalu tanpa sempat menunggunya dan memberi dia peluang menatap wajah arwah untuk kali yang terakhir. Hana sayu lagi.



Semua kenangan silam menerpa fikiran. Budi bahasa dan jasa atuk takkan pernah dia lupakan. Al-Fatihah dan doa dikirim buat atuk yang telah selamat disemadikan.

Berbekal kekuatan yang masih bersisa, Hana gagahkah diri pergi ke kuliah keesokan harinya. Senyuman tetap diukir agar tak nampak duka di hati. Namun, hati tak mampu menipu. Ketika pensyarah sedang bercakap di hadapan kelas, fikirannya melayang mengenangkan arwah atuk. Pertemuan sebulan yang lalu rupa-rupanya pertemuan yang terakhir. Masih terngiang-ngiang suaranya di telinga Hana. Atuk bertanya bagaimana dia balik ke IPG Kampus BM yang terletak di Kuala Lumpur. Dia tersenyum sambil menjawab, " Yong naik KTM, tuk. Turun di KL Sentral. Pastu ambil LRT ke Stesen Universiti."

Air matanya gugur lagi. Kian laju dan membasahi bajunya. Senyuman atuk juga masih segar dalam ingatan. Sungguh, atuk amat baik dan murah dengan senyuman. Sepanjang umurnya yang menjangkau 21 tahun, tak pernah sekalipun dia dimarahi oleh atuk. Bahkan setiap kali atuk membuat lemang, dia dan angah berkejaran mahu membantu atuk membuat lemang. Hidup di rumah atuk juga memberi dia peluang merasai keenakan buah koko mentah. Setiap kali atuk ke kedai, pasti ada saja jajan yang dibeli. Hana tersedu-sedu menahan hiba. Kian tak tertanggung kesyahduan ini.

Bulan Disember lalu, adikknya telah berkhatan. Atuk bermalam di rumahnya selama 2 malam. Di pagi hari alang mahu ke hospital untuk berkhatan, atuk menyarungkan alang dengan sehelai kain pelikat pemberiannya. Terharunya hati Hana sebagai kakak kepada Alang. Atuk yang tiada pertalian darah, menganggap dia adik-beradik seperti cucunya sendiri. Ketika alang tidur di ruang tamu selepas berkhatan, atuk juga turut serta berbaring di sebelah alang. Hana dapat melihat dengan jelas kasih sayang atuk kepada Alang. Tiada pengganti untuk atuk. Memang tiada pengganti.

Memori 13 tahun lalu menggamit hati Hana. Masih terbayang saat atuk menjemputnya balik dari TADIKA. Saban hari begitu. Ibu dan ayah bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang. Oleh itu, dia akan tinggal bersama atuk sehingga waktu bekerja ibu dan ayah tamat. Teringat kemesraaan makan tengah hari bersama atuk dan wan. Terbayang juga wajah atuk yang kerap berbual dan tidak jemu melayan kerenah Hana dan angah. Petang pula, pasti kami minum petang bersama sementara ibu menjemput Hana dan angah untuk pulang ke rumah.

Air mata masih juga belum mahu berhenti. Masih mengalir laju. "Ya Allah, tempatkanlah atukku di kalangan orang-orang beriman dan soleh. Sungguh, aku redha dengan pemergiannya. Terima kasih YA Allah kerana telah menganugerahkanku seorang atuk yang baik. Amiiinnn."

Hana menamatkan coretan hatinya sampai di sini sahaja. Jarinya tak mampu menaip lagi. Hatinya makin sayu. Dia cuba mencari ketenangan. Mahu jadi tabah kerana tidak baik meratapi kematian. Hana mencuba sedaya upaya. InsyaAllah.
Read more... www.tips-fb.com