Blogger Templates

Followers

Friday, October 21, 2011


Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari. Sebenarnya ada kelas pagi. Tapi, tiba-tiba pensyarah call dan bagitahu tak ada kelas. Pantas saja jejari ni menekan punat on laptop. Terus online. Tergerak hati nak baca blog Fatimah Syarha. Salah seorang muslimah yang ana hormati dan kagumi. Bilalah agaknya nak jadi macam dia ya? Hurm..


Selesai membaca blog Fatimah Syarha, ana membuka pula blog sendiri. Dah sebulan lebih tak post apa-apa di blog sendiri. Pukul 2.20 petang ni ada Majlis Anugerah Pengarah di Dewan Tun Sri Lanang. Nervous pula rasanya. Alhamdulillah dapat pointer 3.85. Merasalah dapat anugerah. Macam tak percaya je pada mulanya dapat pointer macam tu. Rezeki Allah bagi. Mungkin juga pendorong untuk ana lebih tekun belajar selepas ini. 

Dalam tempoh seminggu, ana tak berapa sihat. Ramai kawan-kawan wish syafakillah. Terharu rasanya bila ada insan yang ambil berat. Halaqahmate pun datang ziarah ana di bilik. Malu pula rasanya. Hehe. Semalam masa pergi ke klinik, Doktor kata ana tak ada apa-apa. Alhamdulillah. Risau juga kalau ada yang tak kena. "Rasa macam nak kongsi sesuatulah", bisik hati.

Bila kita melihat sesuatu yang terjadi dengan kaca mata ISLAM dan IMAN, kita melihat semuanya adalah kebaikan. 

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : 
"Tidak ada sesuatu menimpa seorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan mengingatkan apa yang berlaku sehinggakan tikaman duri mencucuknya melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosanya." 
(hadis riwayat Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah)

Seharian hidup kita tidak pernah terlepas daripada ujian. Tidak kiralah ujian yang dalam bentuk kesedihan, kegembiraan, dan sebagainya. Tapi, hakikatnya hati itu perlu yakin bahawa setiap apa yang berlaku sebenarnya mempunyai hikmah yang tersendiri. Mari fikirkan satu contoh. Pada suatu hari, seorang muslimah berjalan dan tiba-tiba kakinya tersepak batu di tepi jalan dan hampir jatuh. Di hadapan pula terdapat lubang besar. Muslimah itu mengeluh dan memarahi batu itu kerana membuatnya malu. Manalah tahu kalau-kalau dia terlanggar batu supaya dia lebih berhati-hati dengan jalan yang berlubang di hadapan. MasyaAllah. Ada hikmah kan apa yang berlaku kepada muslimah itu? Barangkali kalau dia tidak tersepak batu, mungkin dia berjalan dengan semberono sahaja. Malah ada kemungkinan untuk terjatuh ke dalam lubang yang besar di hadapan. Mungkin boleh membuatnya tercedera. 

Oleh itu, apabila kita diuji, terimalah dengan redha dan jadikan ianya sebagai pengajaran serta menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang boleh menambahkan kematangan kita. 

Islam mengajar kita untuk menjadi sangat positif. Positiflah menerima tarbiyah daripada Allah. Allah memberi tarbiyah-Nya secara berhikmah agar kita berfikir. Allah mendidik kita bukan secara terus tetapi dengan penuh hikmah supaya kita berfikir. Beruntunglah orang-orang yang menyedari dan mensyukuri perhatian yang Allah beri kepada mereka.

Tuntasnya, marilah kita sama-sama bersyukur atas apa jua kurniaan Allah untuk kita. Allah pastinya mahu yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Yakinlah. ^_^




www.tips-fb.com

2 comments:

FARHAN said...

Allah sayang kita... Jika kita sayang Allah..

ukhti hana said...

Agree...^_^