Blogger Templates

Followers

Sunday, July 25, 2010

Malam ini, air mata ini menitis lagi. Lemah tubuhku menggalas beban dakwah ini. Hatta aku sedar bahawa jalan dakwah ini amat perit, tetapi inilah yang kupilih. Apa salahkah bila aku cuba menyampaikan yang sebenarnya?

Rasa tersisih. Rasa dibenci. Dihindari. Memang perit rasa itu. Sungguh, aku mencintainya kerana Allah. Sahabat yang kusayangi kerana Allah. Aku tak mahu dia leka. Melihat kebahagiaannya sudah memadai untukku. Tiada apa yang kuharapkan melaiankan melihatnya gembira di jalan-Nya. Aku mahu yang terbaik untuknya.

Apakah kerana aku juga adalah golongan yang berhijrah, maka aku tak boleh cuba menegakkan kebenaran? Sungguh, perit tekak ini. Menggeletar tanganku tatkala aku cuba menyampaikan segalanya. Hati ini merintih pada-Nya, mohon kekuatan untuk terus menegakkan apa yang benar.

Lumrahnya memang manusia sukar menerima apa yang benar. Mungkin ada sebab tersendiri. Apa yang pasti, aku terlalu menyayangimu wahai sahabatku. Tiada kata yang mampu diungkap untuk menggambarkan betapa aku mahu kau berada di landasan yang benar.

Nafas kuhela perlahan. Sebak. Hiba. Namun, dalam hatiku tetap tersemat pesanan seorang yang akhwat yang memberiku semangat. Katanya, "Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis." Aku tetap akan tegar meneruskan perjuanganku untuk terus berdakwah.

Ya Allah, tetapkan hatiku, tetapkan pendirianku, berikan kekuatan padaku agar aku tak rebah dalam perjuangan menegakkan kalimah-Mu. Amin Ya Rabb.
Read more... www.tips-fb.com

Telah bersabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh."

Maka..
1) Akal boleh hilang disebabkan marah.
2) Agama boleh hilang disebabkan dengki.
30 Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4) Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan:
1) Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2) Para ahli waris akan menarik hartanya.
3) Ulat akan menarik tubuhnya.
4) Orang yang dimusuhi atau dianiayai akan menarik barang kepunyaannya pada hari kiamat iaitu AMALNYA.

Daripada Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud:
"Sesungguhnya amalan yang paling sulit ada empat macam."

1) Memberi maaf pada waktu marah.
2) Suka memberi pada waktu susah.
3) Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4) Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu daripadanya.

Daripada Hatim Al-Asom yang bermaksud:
"Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya."

1) Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2) Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3) Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4) Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Perlu diingat juga lime perkara sebelum datang lima perkara iaitu:
1) Hidup sebelum mati.
2) SZihat sebelum sakit.
3) Kaya sebelum miskin.
4) Masa lapang sebelum sempit.
5) Senang sebelum susah.
Read more... www.tips-fb.com

Setiap insan ada perasaan untuk memperoleh atau membuat sesuatu. Tetapi, adakalanya keinginan seperti ini perlu dikawal supaya tidak menjadi keterlaluan yang mendatangkan mudarat.

Begitu juga dengan sikap seorang isteri yang meminta sesuatu daripada suaminya. Seandainya permintaan itu sampai ke peringkat mendesak atau membebankan keupayaan suami, maka tercetuslah krisis dalam rumahtangga.

Islam menitikberatkan sikap qonaah iaitu berpuas hati dan bersyukur dengan apa yang ada. Ini tidak bererti kita disuruh bersikap pasif dan tidak ingin kepada kelebihan atau harta. Apa yang penting, sekiranya kita telah berusaha dan berikhtiar, maka hendaklah kita berqonaah dengan apa yang ada.

Sikap suka mendesak suami boleh merenggangkan hubungan antara suami isteri dan isteri yang bersikap demikian merupakan sebahagian daripada ciri-ciri perempuan yang bakal masuk neraka.

Sikap dan tingkah laku yang suka mendesak, suka membandingkan dengan apa yang ada pada orang lain dan tidak bersyukur dengan pemberian suami adalah membosankan suami. Sebaliknya seorang isteri yang faham tentang kedudukan kewangan dan kemampuan suaminya adalah seperti ratu dan permaisuri dalam rumahtangga. Rumahtangga seperti ini ibarat syurga di dunia dan dinaungi dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

Seorang sahabat Nabi SAW pernah bertanya kepada Baginda mengenai tanda-tanda isteri yang derhaka kepada suaminya. Baginda berkata, tandanya ialah apabila terjadi pergaduhan antara keduanya, isteri berkata: "Awak tak beri apa-apapun" sedangkan suaminya telah meberikan sesuatu sekadar yang dia mampu.

Dalam kitab Muhimmah hasil karya Syeikh Abdullah Fatani, diterangkan sikap isteri yang bakal masuk neraka ialah seorang isteri yang tidak menjaga kehormatan dirinya semasa suami tiada di rumah dan bila suami berada di sampingnya dia menyakiti suaminya dengan lidahnya.

Mungkin ada antara para isteri yang mengatakan kepada suaminya,"Awak pun apa kurangnya, tidak betul cakap saja pandai".

Namun, suami dan isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing. Para suami wajib mendidik keluarganya dan menjaga mereka daripada api neraka (surah At-Tahrim:6). para suami diwajibkan juga berlaku baik kepada isterinya dan bersabar atas kerenah isteri yang dirasakan tidak sesuai pada dirinya (surah An-Nisa:19).
Read more... www.tips-fb.com

Saturday, July 24, 2010

Menjelang senja, ana masih mengadap laptop. Mahu menukilkan sedikit rasa. Blog yang dijadikan satu jalan dakwah. Ingin berkongsi coretan dalam pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada seorang akhwat. Ana betul-betul tersentuh dengan kata-katanya.

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya, kerana Allah teramat mencintainya. tetapi, andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita pada seseorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, ini bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijaga-Nya. Mengapa masih ragu-ragu? Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari. Hargailah atas kesempatan yang Allah berikan. Kata Imam Al-Ghazali, "Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita berasa berdosa melakukannya." Saudariku, aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan, dari melihatmu gembira dalam kelalaian. Saudariku, aku bagga mendengar tangisanmu kerana pengorbanannya, dari melihat tawamu dalam pengkhianatan. Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran, dari hidup dalam kesesatan. Kerana jangan lupa saudariku, muliamu bukan pada pangkat dan harta, tetapi kerana Islam."

Saudari kesayanganku, carilah hikmah dalam setiap ketentuan Tuhan, supaya timbul rasa kesabaran dan kejujuran. Setiap yang payah itu ada kesenangan dan setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh beri halangan. Namun, jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti takkan dapat walaupun sudah dalam genggaman. Yakin dan percayalah, Allah telah tuliskan apa yang terbaik untuk hambanya. Kadangkala Allah hilangkan mentari, kemudian Dia datangkan guruh. Puas kita menangis mencari mana mentari kita? Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelanig yang indah. Sabarlah duhai insan, ada kemanisan di sebalik setiap kepahitan.

Memang benar apa yang dikatakan ukhti ini. Istighfar banyak-banyak dan ambillah ibrah daripada peringatan ini. Sama-sama kita muhasabah diri.
Read more... www.tips-fb.com

Gadis itu termenung. Sorotan mata nun jauh menyoroti pemandangan alam kehijauan yang amat disukainya. Saat ini fikirannya cuba mencari ketenangan. Hatinya kuat mencari ketenangan. Jiwanya berbisik, " Mengapa aku ditakdirkan begini? Aku juga seorang manusia biasa. Manusia yang dihambat dengan fitrah naluri yang juga inginkan kasih sayang, cinta, pendamping dan juga rasa ingin mencintai serta menyayangi."

Fikirannya terus melayang. Teringat kenangan silam. Teringat bahawa dia juga pernah terjebak dalam kancah cinta remaja yang kononnya disangka betul. Namun, cinta itu telah ditinggalkannya. Dia sedar bahawa dia perlu bersandar pada Allah. Kepercayaan kepada-Nya membuatkan dia tegar meninggalkan cinta yang dikejar dahulu. Dia percaya, Allah telah mengaturkan segalanya untuk dirinya. Lantas, dia teringat ayat 216 dalam surah Al-Baqarah yang berbunyi "Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai seseuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah menetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Lantas, dihela nafas satu persatu. Menghirup udara yang juga nikmat pemberian Allah pada makhluk ciptaan-Nya yang hidup.

Pandangan mata kian pudar. Tubir mata berair lagi. Kolam mata semakin sarat. Menunggu saat memuntahkan takungannya. Hatinya sebak. Dia teringat pada satu keratan artikel yang dibaca yang mana ada tercatat, "Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di luhmahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang diredhai, insyaAllah si dia turut di jalan yang sama."

Akhirnya, air mata yang ditahan sejak tadi gugur ke bumi. Betapa dia merasakan dirinya khilaf. Banyak benar kesalahan yang dilakukan. Bercinta hingga lupa pada pencipta cinta yang sebenar iaitu Allah SWT. Istighfar meniti di bibir. "Ya Allah, terima kasih atas hidayah-Mu. Terima kasih kerana Engkau beri kekuatan padaku untuk meninggalkan cinta yang belum tiba masanya dan hakikatnya melekakan aku. Ampunkanku, Ya Allah. Aku terima kepahitan mujahadahku kali ini. Tegarkanlah aku untuk terus bertahan di jalan-Mu Ya Allah. Amin Ya Rabb.

Dia bingkas bangkit dari tempat duduknya menuju ke biliknya. Tubuhnyaya terhingut-hingut menahan rasa berdosa. Dicapai terjemahan kalam Allah dan dipeluk erat. Itu jugalah yang dilakukannya beberapa malam yang lepas. Mata yang mengantuk tak dapat dipejamkan. Hati mana yang tidak cemburu melihat orang lain berkasih sayang. Tapi, gadis ini tetap dengan pendiriannya. Biarlah ditahan dulu rasa cinta itu kerana belum tiba masanya. Itu cinta yang sementara. Apakah orang yang mereka sayangi itu sudah pasti menjadi suami atau isterinya? Dia yakin, Allah pasti menyediakannya dengan sesuatu yang terbaik. Oleh itu, tidak ada rasa takut meninggalkan cinta manusia kerana inilah jalan yang terbaik baginya. Lagipun, dia masih lagi seorang mahasisiwi. Banyak lagi tanggungjawabnya yang perlu dilaksanakan. Kesibukan antara kuliah, usrah dan dakwah membuatkannya terlupa seketika akan keperitan mujahadah yang dilalui.

Usai menangis, air mata dikesat. Langkah diatur menuju ke bilik air. Mengambil wudhuk yang dijadikan amalan. Alhamdulillah, tenang sedikit hatinya. Dia berdoa agar terus berada di jalan ini. Kerana dia yakin inilah yang terbaik baginya. Dan pasti Allah juga inginkan yang terbaik utntuknya kerana Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya. Senyuman diukir lantaran menyedari inilah tarbiyah daripada Allah.
Read more... www.tips-fb.com

Friday, July 23, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..

Kutulis secoret rintihan hati pada hari Jumaat yakni penghulu segala hari. Letih tubuhku dapat dirasa. Mungkin menanggung sakit perut yang teramat pada hari keempat. Entah mengapa sakit perut pada kali ini berpanjangan sehingga aku begitu risau. Namun, aku gagahkan jua diri menghadiri kuliah lebih-lebih lagi kelas Pergerakan Asas. Merlompat, berlari dan sebagainya semakin menambah kesakitan perut ini. Kadangkala rasa senak yang timbul membuatkan aku berasa loya namun tiada apa yang hendak dimuntahkan. Air mata menitik sedikit demi sedikit. Mungkin ini adalah kifarah yang perlu kubayar atas dosa yang kulakukan. Acapkali manusia leka dan lalai. Kadangkala tidak sedar diri melakukan perkara yang salah. Justeru, aku terima nikmat kesakitan ini dengan hati terbuka.

Raut wajahku sering berkerut menahan sakit sehingga rakan sekelas bertanya mengapa aku kelihatan murung. Lantas, kuukir senyuman dan menangkis sangkaan itu. Hatiku berbisik, "Aku masih kuat." Kulalui hari-hari mendatang dengan ketabahan. Apalah teruknya sakit perut yang kutanggung 4 hari berbanding dengan kecederaan para sahabat dan Rasulullah yang tegar mempertahankan kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Apalah teruk sakit perutku ini jika dibandingkan dengan rakyat Palestin yang berjuang habis-habisan mempertahan tanah air mereka. Justeru, kuukir lagi senyuman di bibir.

Ya Allah, Kau beri aku nikmat kesakitan pula kali ini. Aku terima Ya Allah, walaupun sakitku pada kali ini lain benar rasanya. Perit benar rasanya hinggakan tidak boleh tidur dan bertakung air mata tatkala menahan rasa senak dan sedikit bisa ibarat jarum menyucuk-nyucuk perutku. Namun, aku bersyukur. Kesakitan ditanggung membuatkan aku lebih mengingati mati. Kerana manusia itu patut sedar bahawa kita ini milik-Nya dan akan kembali kepada-Nya suatu hari nanti. Kematian itu hakikatnya amat dekat untuk kita. Dan tidak siapa tahu ajalnya. Hatta pesakit kanser yang diramalkan hidup dua bulan sahaja tidak mungkin akan meninggal dalam tempoh itu tanpa izin Allah. Kerna Dia Yang Maha Mengetahui.

Kuukir lagi senyuman. Kuatur langkah satu persatu walaupun langkah itu mungkin tak seceria selalu. Aku masih betah meneruskan hidup. Allah sedang mengujiku. Subhanallah.
Read more... www.tips-fb.com

Abu Yazid Al Busthami, seorang pelopor sufi, pada suatu hari telah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepascsaya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelpa, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas dan enggan mencari rezeki, tetapi mengapakah saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Ia berjanji akan memperbaiki penampilannya. Sejak itu wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterimanya dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdulillah sesudah itu dia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."

Namun demikian, ini tidak bererti Islam mengajarkan kemewahan. Islam menganjurkan kesederhanaan, baik dalam berpakaian, menghias tubuh badan mahupun sikap dalam kehidupan seharian.

Nabi Muhammad SAW sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tetapi sentiasa bersih. Umar Al-Khattab, walaupun jawatannya sebagai khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi keserasiannya selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya sentiasa mengulum senyum bersahabat. Raut wajahnya sentiasa berseri.

Tidak hairanlah jika Imam Hassan Al-Basri berpendapat, awal kebersihan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW pernah menegaskan, "Senyum adalah sedekah yang paling murah tetapi paling besar pahalanya."

Demikian pula seorang suami atau isteri, alangkah rosaknya rumahtangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Tidak ada persoalan yang boleh diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah ceria, InsyaAllah apa jua persoalan dan permasalahan dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah yang dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
Read more... www.tips-fb.com

Malam ini ana teringin melontarkan sedikit luapan rasa walau mungkin sekadar picisan..

Isu yang berlegar dalam fikiran ana saat ini ialah tentang bersangka baik kepada Tuhan. Sungguh, Allah memberikan seseorang itu ujian yang setimpal dengan kemampuannya. Mustahil jika setiap dugaan, cabaran dan musibah yang diterima tidak mampu kita tanggung. Sedar atau tidak, sedikit kesukaran yang melanda, berganda-ganda kemudahan yang Allah kurniakan untuk kita. Manusia itu jahil. Seringkali mempersoalkan apakah dosanya apabila dilanda dugaan. Maksumkah kita seperti Rasulullah? Pastinya tidak. Hakikatnya, ujian ataupun sebarang dugaan yang datang adalah tarbiyah dari Allah. Cuma terpulang kepada individu itu sendiri untuk mentafsir apa yang telah dilaluinya. Bukalah hati, lapangkan fikiran. Fikirlah dengan teliti apakah kita dibiarkan mengatakan bahawa kita beriman tetapi tidak diuji? Setelah diuji, barulah Allah tahu kita ini hamba yang bagaiman. Apakah kita bersabar dalam menempuh dugaan yang datang? Atau kita mengamuk tidak tentu pasal? Apakah kita akan memilih untuk melakukan perkara yang tidak baik sebagai jalan untuk melepaskan kesukaran, kesakitan dan kesusahan yang ditempuh? Renungkanlah.


Kita ini hanyalah hamba-Nya. Justeru, layakkah kita untuk bersangka buruk kepada Allah sedangkan Dialah yang mencipta kita dari air mani yang kotor itu? Apakah kita juga layak untuk bersangka buruk kepada manusia lain yang juga makhluk ciptaan-Nya? Sedarlah. Syaitan itu sememangnya menanti peluang untuk terus menyesatkan cucu cicit Adam. Berlapang dada dengan apa jua kurniaan Allah untuk kita. Seperti yang tertulis menerusi ayat 216 dalam surah Al-Baqarah yang mengingatkan kita bahawa tidak semua yang kita sangkakan baik, adalah yang terbaik bagi kita dan tidak semestinya yang kita anggap tidak baik, adalah yang tidak baik bagi kita. Barangkali yang baik itu sebenarnya tidak baik dan yang tidak baik itu adalah yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya Allahlah yang Maha Mengetahui. Bertawak pada-Nya. Kita ini milik-Nya dan kepada-Nyalah kita dikembalikan. Buka mata, tepuk dada, tanya iman wahai muslimin muslimat yang bergelar musafir di bumi fana ini yang hakikatnya sedang menempuh liku-liku dalam perjalanan di dunia sementara menuju ke destinasi kekal abadi yakni akhirat. Sama-samalah kita baiki diri ke arah yang lebih baik. Utamakan mana yang perlu, tinggalkan perkara yang melalaikan dan seterusnya tidak memberi apa-apa faedah kepada kta. Wallahualam.
Read more... www.tips-fb.com

Friday, July 16, 2010


Antara ucapan Nabi Muhammad SAW di Padang Arafah ketika menunaikan ibadah haji terakhir (tahun 10 hijrah) ialah baginda meninggalkan pesanan kepada para suami:
"Ingatlah bahawa kaum hawa itu merupakan kejadian Allah yang bersifat lemah dan berada di sampingmu. Mereka tidak sekuat tenagamu. Kamu mengambil mereka untuk bersamamu sebagai suatu amanah daripada Tuhan dan mereka halal bagimu dengan kalimah Allah. Oleh yang demikian, takutlah kepada Allah dalam segala urusan yang berkaitan wanita. Terimalah wasiat ini untuk bergaul dengan baik bersama mereka."

Wujudnya persefahaman dalam hubungan suami isteri tidak bererti apa-apa sekiranya isteri tidak mengerjakan perintah agama seperti solat, menutup aurat dan sebagainya. Atau suami mendiamkan diri atau melenting apabila isteri cuba mengingatkannya supaya taat kepada perintah agama.

Suami isteri haruslah bekerjasama mendidik anak-anak supaya menjadi umat yang beriman, berakhlak, berkualiti, beruntung di dunia dan selamat di akhirat. Tanggungjawab besar bagi seorang suami sebagai pemimpin ialah menjaga dirinya dan keluarganya daripada api neraka seperti yang tercatat dalam ayat ke-6 surah At-Tahrim yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

Berdosa besar apabila seseorang suami memberi nafkah kepada keluarga daripada sumber yang haram. Atau suami membiarkan isteri dalam keadaan jahil dan tidak mengetahui ilmu-ilmu fardhu ain. Suami wajib mengajar isterinya perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan orang perempuan seperti haid, nifas dan cara-cara mandi wajib dan sebagainya. Sekiranya suami tidak mampu (kerana dia tidak alim), maka hendaklah isterinya diajar oleh orang lain yang lebih alim. Rasulullah terlalu mengambil berat terhadap pendidikan dan penghayatan ilmu agama kepada orang perempuan kerana mereka adalah guru pertama dalam sesebuah keluarga.
Dalam memimpin isteri, suami dinasihatkan supaya bersabar dan redha. Sekiranya ada antara perangai isteri itu tidak disenangi, maka hendaklah redha dan berasa senang dengan perangai baiknya yang lain. Dalam Al-Quran menerusi ayat ke-19 dalam surah An-Nisa diterangkan bahawa mungkin kita tidak suka sesuatu sedangkan Allah memberikan banyak kebaikan dalamnya.Ini bermaksud, sekiranya seorang isteri berakhlak kurang baik, suami hendaklah menegurnya dan mengajar serta membimbingnya ke jalan yang lurus. Kesabaran dan kesungguhan dalam usaha-usaha ini merupakan tambahan pahala daripada Allah kepada suami tersebut.
Read more... www.tips-fb.com

Ana mulakan luapan rasa ptg ini dengan lafaz yang paling mulia bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, saat ini Allah masih memngizinkan ana terus menghirup udara yang juga Dia ciptakan. Sungguh, ana hanya insan kerdil. Tiada apa yang ana miliki melainkan semuanya hanyalah pinjaman daripada Ilahi. Saat tangan sibuk menaip apa yang ingin dikatakan, bulu roma berdiri tegak. Subhanallah. Ya Allah, aku insan yang lemah. Sungguh setiap nikmat-Mu tiada tolok bandingnya. Nikmat iman san islam yang kunikmati sekarang ini merupakan nikmat yang paling besar. Jika mahu dihitung, nescaya tidak terhitung nikmat-Mu.

Dewasa ini, manusia kerap benar mengejar nikmat dunia sehingga lupa akan pencipta yang hakiki. Ya Allah, hati ini merintih. Hina sungguh diri ini aku rasakan. Apakah aku mampu melangkah di muka bumi ini sebagai khalifah-Mu dengan penuh tanggungjawab yang sebenarnya aku pikul? Apakah berdakwah itu kujadikan rutin hidupku? Hatta mengajak seseorang ke surau untuk solat berjemaah juga merupakan dakwah walaupun sekecil-kecil dakwah? Apakah hati ini bersih daripada mengingati perkara yang tidak sepatutnya? Apakah aku telah berbakti pada agamaku? Apakah aku anak yang cukup taat pada agamaku? Apakah aku sering mengingati Rasulku? Apakah aku ini sudah menjadi anak solehah yang mampu menghalang orang tuaku dari api neraka? Apakah aku kakak yang baik dan bertanggungjawab kepada adik-adikku? Dan banyak lagi persoalan yang berlegar dalam fikiran ini.Wallahualam.

Hakikatnya, berbalik semula pada cinta yang satu. Kejarlah cinta Ilahi dan cinta yang lain akan datang bersama dan pastinya dengan jalan yang betul dan mohonlah keredhaan-Nya.
Read more... www.tips-fb.com

Saturday, July 10, 2010


1) Memerdekakan hati daripada kelalaian
Jika orang yang mabuk arak mampu segera sedar kembalo, orang yang mabuk cinta hakikatnya sukar untuk menyedarkannya kembali kewarasannya walaupun pintu hatinya diketuk berkali-kali. Kelalaian hatinya akan mengheretnya perlahan-lahan ke dalam mimpi ngeri, zina terkutuk!

2) Menajamkan akal
Orang yang menahan pandangan mata ialah orang yang sedang berusaha menajamkan akalnya kerana kemampuan akal mempertimbangkan akibat daripada pandangan itu. Akal yang sering diasah akan menghasilkan akal yang kuat dan kukuh.

3) "Menyimbah" api neraka jahannam
Oleh sebab pandangan mata itu merupakan pintu syahwat, yang boleh membuat iman tergugat, lalu tertarik ke arah kemaksiatan. Apabila sudah berbuat maksiat, tentulah api neraka memanggilnya bertandang. Tahanlah pandanganmu, jauhi api jahannam.

4) Menguatkan hati dan menyalakan keberanian
"Siapa yang menentang hawa nafsunya, maka syaitan menjadi takut kepadanya. Jika syaitan takut, sudah tentu hati yang sering direbut syaitan itu menjadi kuat. Keberanian yang mantap pasti terhasil apabila hati yang kuat telah terbentuk.

5) Kepuasan menahan nafsu
Apabila kita memperoleh kejayan, rasa nikmat dan gembira lazimnya dirasai. Begitu juga dengan kegembiraan yang akan kita nikmati apabila berjaya bermujahadah diri menahan pandangan.

6) Mudah menerima ilmu
Berkata Waqi', guru Imam Syafi'i, " Ilmu itu cahaya dan cahaya itu tidak menembusi hati yang berbuat maksiat." Pandangan mata yang tidak dijaga akan memberi kesan kepada hati. Jika hati hitam, cahaya sukar melaluinya.

7) Menguatkan firasat yang benar
Orang beriman yang bersih hatinya lantaran menjaga pandangan mata akan mampu mempunyai kekuatan firasat. Firasat itu buah cahaya. jika hati bersih bercahaya, firasat sukar meleset.

8) Bebas dari penyesalan
Sekali sengaja memandang, ingatannya sukar dibuang. Ketika itu, hati sukar bersabar, dosa mudah benar menyambar. Apabila sudah terjebak, air mata penyesalan tidak mampu lagi mengundur masa.
Read more... www.tips-fb.com



Suamiku, bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya

Mulutku kaku untuk merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid

Maaf kiranya tutr dan tingkah
Senyuman dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya..bukan aku
Sumayyahmu

Dalam tangis kucuba senyum ketika
kau bermusafir
Sepertinya Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim

Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka dipagari nikmat!

(Dipetik daripada Solusi isu nombor 18)
Read more... www.tips-fb.com

Monday, July 5, 2010

Never give up before you even try.
Nothing is really over until you stop trying.
Never say it's impossible before you pursue the way you think is possible.
Never make yourself feel less worthy by comparing yourself with others.
Never allow obstacles to stop you.
Confront and transform them to opportunities.
Believe in working hard towards your future.
Take a step at a time to reach your goals.
Always believe in yourself.
Your happiness is in your hands.
For if you keep staying positive, you can make your dreams come true.
Read more... www.tips-fb.com

Seandainya tida nyala api yang ada di sebelahku,
tentulah bau harum kayu gaharu tidak akan tercium.

Jadilah seorang wanita yang memiliki cita-cita tinggi, kerana kami berharap agar anda selalu meningkatkan diri dan melanjutkan perjuangan hidup ini. Berhati-hatilah terhadap jebakan yang menjatuhkan dan menghinakan.

Ketahuilah bahawa kehidupan hanya beberapa minit, bahkan hanya beberapa detik. Jadilah engkau seperti seekor semut dalam kesungguhan, ketekunan dan kesabaran. Cuba dan teruslah engkau mencuba. Bertaubatlah jika engkau kembali melakukan dosa dan kembalilah engkau ke pintu taubat. Hafalkan kembali Al-Quran jika engkau telah lupa. Kembalilah engkau mengingatnya untuk yang kedua kalinya dan yang ketiga kalinya. Bahkan untuk yang kesepuluh kalinya.

Hal yang penting ialah hendaknya anda tidak berasa gagal dan kecewa, kerana sesungguhnya sejarah tidak pernah menganal kata-kata terakhir dan akal tidak pernah mengenal penghabisan sama sekali, tetapi yang dikenal hanyalah usaha dan pembaikan.

Sesungguhnya umur itu sama seperti jasmani, ia boleh saja diubah dengan melakukan operasi kecantikan. Sesungguhnya umur itu sama seperti bangunan, ia dapat saja diruntuhkan dan dibangun kembali dengan reka bentuk dan cat warna baru. Maka, berhati-hatilah dan jauhilah pengaruh pemikiran yang gagal dan tidak berdaya. Hitungkanlah dari benak anda akan risiko-risiko tentang sakit, bencana, musibah dan ujian yang memberatkan. Allah SWT berfirman dalam ayat ke 23 surah Al-Maidah yang bermaksud: dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.

Dipetik daripada buku Jangan Bersedih. Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.
Read more... www.tips-fb.com


Usai bertilawah Al-Quran yang juga merupakan mutabaahku, daku teringin berkongsi sedikit info yang kuperoleh ketika diskusi di surau tadi. Bagaimana kita melihat senario pada hari ini? Anak muda berpeleseran. Bunga-bunga tanpa malu berpegangan tangan dan berpelukan dengan kumbang yang bukan mahramnya. Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu. Kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda atau pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di luhmahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalanyang diredhai, insyaAllah si dia turut di jalan yang sama. Suasana pada hari ini mempamerkan manusia-manusia yang sibuk berpasang-pasangan (couple), keluar berduaan sehingga menumbulkan fitrah dan tanpa rasa segan silu. Di manakah maruah agama mereka? Jika diketahui ibu bapa, pasti mereka amat sedih dengan kelakuan golongan muda pada hari ini. Kita sibuk mencari pasangan ketika masih bergelar penuntut ilmu. Apakah kita pasti pasangan kita sekarang adalah suami atau isteri kita nanti? Tepuk dada tanya hati tanya iman. Lebih baik kita perbaiki diri kita dahulu. Semua orang pasti menginginkan pasangan yang soleh dan solehah. Justeru, baiki diri untuk menjadi yang lebih baik dan insyaAllah jodoh kita kelak juga terdiri daripada golongan yang soleh dan solehah.

Apabila berpasangan (couple), adakah kita dapat mencegah diri kita daripada mendekati zina? Mungkin tidak melakukan zina yang boleh membenihkan bayi luar nikah, tetapi mungkin melakukan zina hati, zina mata, zina telinga, zina anggota badan seperti tangan dan kaki dan sebagainya. Renungkanlah. Jika kita seringkali mangatakan bahawa kiamat pasti datang dan berasa takut akan hari tersebut, mengapa kita tidak mempersiapkan diri menghadapinya? Sebaliknya sibuk mengejar keseronokan dunia semata-mata. "Orang lain ada pakwe, ada makwe. Aku tak ada pun." Perlukah itu yang terbit dalam bisikan hati kita? Atau "Sekarang zaman moden, semua orang ada pasangan. Relax la. Biasa la tu." Atau " Orang surau pergi dating, takkan aku tak boleh?"

Astaghfirullahalazim..Sepatutnya kita sibuk mendekatkan diri kepada Allah, ini tidak. Sibuk keluar dating yang tidak memberi apa-apa faedah. Sebaliknya menambahkan dosa. Bila mahu berubah? Bila? Adakah kita sanggup menangguhkannya kerana terlalu sayangkan pasangan kita?

Hakikatnya, jika diperhatikan dan didalami sedalam-dalamnya, berpasangan (couple) ini seperti mempunyai masalah akidah. Apa itu akidah? Dari sudut istilah syarak, akidah bermaksud pegangan dan keyakinan yang pasti bagi seseorang Islam terhadap agama yang dianutinya.Jika kita percaya bahawa jodoh telah ditentukan oleh Allah, mengapa sibuk berhibur dengan orang yang bukan mahram? Berpegangan tangan dan berpelukan dengan bukan mahram? Yakinlah bahawa jodohmu telah ditentukan sejak di luhmahfuz. Allah Maha Mengetahui segalanya. Berubahlah. Mari kita baiki diri ke arah yang lebih baik dan kembali mengingati dan berusaha mendekati-Nya. Raihlah cinta Allah. Pasti cinta manusia akan bertandang selepas itu. Wallahua'lam.
Read more... www.tips-fb.com

Sunday, July 4, 2010

Bersedekahlah kalian kerana sedekah dapat membebaskan daripada api neraka." (hadith riwayat at-Thabrani)

Sesiapa yang meminta dengan keredhaan Allah lalu dia memberi, maka ditulis baginya 70 kebaikan. (hadith riwayat Ibnu Adi)

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW berkata, "Allah menjelaskan kepadaku, 'Berinfaklah kamu supaya Aku berinfak kepadamu.'Seterusnya Rasulullah SAW berkata, 'Pemberian Allah selalu cukup dan tidak pernah kurang walaupun mengalir siang dan malam. Pernahkah kamu terfikir sudah berapa banyak yang dinafkahkan oleh Allah sejak terciptanya langit dan bumi? Apa yang ada di tangan Allah tidak akan berkurang. Arasy-Nya di atas air sedangkan di tangan-Nya maut selalu naik turun." (hadith riwayat Muslim)

Suatu hari, Abdurrahman bin Auf, saudagar kaya-raya datang bersama seorang kafilah dagang yang terdiri daripada ratusan orang. Mereka membawa biji gandum, minyak, kurma, pakaian dan pelbagai keperluan asas lainnya. Penduduk kota keluar berduyun-duyun menyambut kedatangan rombongannya. Ada antara pedagang-pedagang itu menjual barang-barang mereka dengan harga yang mahal. Tetapi dengan lembut, Abdurrahman berkata, "Demi zat yang diriku ada di tangan-Nya, aku tidak akan menjual baranganku kepada kamu semua. Kerana Allah yang akan membelinya dengan memberikan keuntungan yang lebih besar." Lalu dia memetik surah Al-Baqarah ayat 261 yang menegaskan harta yang dinafkahkan pada jalan Allah bagaikan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai. Pada setiap tangkai terdapat 100 biji. "Oleh itu, aku bersaksi di hadapan Allah dan malaikatnya, dagangan ini aku infakkan ke jalan Allah tanpa mengharapkan keuntungan satu dirham ataupun satu dinar pun," tambahnya.

Maka, berduyun-duyunlah fakir miskim datang meminta sedekah. Dalam sebuah hadis, disebutkan Abdurrahman dijamin masuk syurga. Ternyata walaupun barang dagangannya sering disedekahkan, dia tidak pernah jatuh miskin.

Malah, harta yang disedekahkan itu bukannya semakin berkurang, tetapi semakin bertambah. Perkara ini sudah dijamin oleh Allah sebagaimana yang disebutkan dalam ayat yang dipetik oleh Abdurrahman itu. Bukan itu sahaja, sedekah juga dapat memadamkan kemurkaan Allah. Rasulullah SAW berpesan, "Sungguh, sedekah dapat memadamkan kemarahan Allah seperti air memadamkan api."

Di tempat yang lain pula, apabila pulang dari rumah Rasulullah SAW, Ali menemui Fatimah, isterinya, "Wahai wanita mulia, apa kamu mempunyai makanan untuk suamimu?"

"Aku tidak mempunyai apa-apa,"jawab Fatimah lembut.

"Salman memberi aku enam dirham sebagai upah memintal. Aku akan belikan makanan untuk Hasan dan Husin.

"Biar aku sahaja yang pergi membeli. mana duitnya?" tanya Ali.

Di tengah jalan, Ali bertemu lelaki yang mengatakan, "Siapa yang mahu meminjami Tuhan yang Maha Pengasih dan selalu menepati janji?" Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan duit enam dirham itu kepadanya dan pulang dengan tangan kosong. Si isteri yang mengetahui perkara itu hanya mampu menangis.

"Wahai wanita mulia, kenapa kamu menangis?"

"Ali, kamu pulang tanpa membawa sesuatu?"

"Aku meminjamkan duit itu kepada Allah."

"Baiklah kalau begitu. Aku menyokong tindakan kamu."

Tidak lama kemudian, Ali berangkat meniggalkan rumah kerana mahu menemui Rasulullah SAW. Di tengah jalan, dia dihampiri lelaki Badwi yang sedang menuntun unta. "Abu Hasan, belilah unta ini."

"Aku tidak ada duit," jawab Ali.

"Kamu boleh membayarnya bila-bila masa sahaja."

"Berapa harganya?" tanya Ali.

"Tidak mahal. Seratus dirham sahaja."

"Baiklah, aku beli," kata Ali, yang kemudiannya meneruskan perjalanannya sambil menuntun unta itu. Baru beberapa langkah dia berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya.

"Kamu mahu menjual unta itu?" tanya Badwi itu.

"Ya."

"Berapa harganya?"
"Tiga ratus dirham."


"Baiklah, aku beli," kata Badwi lalu mengambil tali pengikat unta dan memberikan 300 dirham kepada Ali. Ali segera pulang ke rumah lalu menceritakan kisah itu kepada Fatimah.

"Apa yang kamu bawa itu?" tanya Fatimah.

"Wahai puteri Rasul, aku membeli seekor unta berharga seratus dirham dan bayarannya boleh dibayar kemudian. Unta itu kemudiannya aku jual dengan harga 300 dirham."

"Subhanallah," kata Fatimah.

Selepas itu, Ali segera pergi menemui Rasulullah SAW di masjid. Melihat Ali memasuki masjid, baginda tersenyum.

"Abu Hasan, tahukah engkau siapa Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta tadi?" tanya Rasulullah SAW.

"Tidak,"jawab Ali sambil menggelengkan kepalanya, "Allah dan Rasul-Nya lebih tahu."

"Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberi kamu 300 dirham,"kata Rasulullah SAW. Baginda menyambung lagi,"Badwi yang pertama adalah Jibrail dan yang kedua adalah Mikail.
Read more... www.tips-fb.com

Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. Surah Al-Baqarah (2:216)

Renungan bersama: Tinggalkan apa yang tidak baik. Kalau nak berubah, kita perlu berusaha. Tanpa usaha, tiadalah hasilnya. Jangan hanya mengikut hawa nafsu. Kadangkala, untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik, kita perlu mengorbankan sesuatu. Sekiranya berkorban untuk mengejar keredhaan Allah, tiada salahnya. Bersegeralah melakukan kebaikan. Takut nanti maut menjemput kita tanpa sempat bertaubat, tanpa berkesempatan mengubah diri ke arah yang lebih baik dan dalam keadaan yang dimurkai-Nya. Mungkin kita fikir perkara yang kecil itu remeh, tetapi yang kecil itulah yang perlu dibaiki dahulu. Jika perkara kecil pun kita sudah gagal mentadbir diri, inikan pula poerkara yang besar. Perhatikanlah diri. Sesungguhnya manusia itu zalim dan lemah. Oleh kerana kita lemah, jauhilah perkara yang tidak sepatutnya. Bukannya menuju ke arah itu.Contohnya La takrabuz zina (jangan mendekati zina). Perhatikan perkataan mendekati. Mungkin kita tidak berbuat zina. Tapi, mendekati zina. Betapa beratnya amaran Allah ini. Bukan sahaja membuat zina ditegah, bahkan mendekatinya juga tidak boleh. Apakah contoh perbuatan mendekati zina? Berapa banyak pula kategori zina? Zina mata? Zina anggota tubuh badan? Zina hati? Zina telinga? Justeru, renungkanlah. Beristighfarlah sebanyak mungkin. Ubahlah diri ketika masih berkesempatan. Kerana kita tidak tahu bila Izrail bertandang untuk menjemput kita menghadap Ilahi. Wallahua’lam
Read more... www.tips-fb.com

Friday, July 2, 2010

Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "Tuhan kami adalah Allah," kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khuatir pada mereka, dan mereka tidak (pula) bersedih hati. (46:13)



Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t. Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:
”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."

Justeru, ukhwah yang terbina seharusnya kerana Allah. Bukan kerana minat, menyimpan perasaan, mengharapkan keuntungan dan sebagainya. Apabila nawaitu menjalinkan ukhwah itu kerana Allah, pasti setiap hakikat dan dugaan diterima dengan hati terbuka. Kita dapat menerima keadaan orang lain seadanya dan orang lain juga insyaAllah boleh menerima diri kita seadanya. Sebagai hamba Allah di muka bumi yang fana ini, kita juga haruslah saling mengingati antara satu sama lain. Seperti yang termaktub dalam ayat 55 surah Az-Zariyat yang berbunyi, "Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin." Hal ini sedemikian kerana peringatan itu amat diperlukan dalam kehidupan. Manusia lumrahnya mudah lupa. Oleh itu, kita perlulah saling mengingati antara satu sama lain dan sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat dan boleh membantu.
Read more... www.tips-fb.com


Ukhti,
Biarlah diri ini dicaci dihina,
Biarlah diri ini berkorban segala,
Moga amal-amal ini ikhlas,
Moga amal-amanl yang sedikit ini mendapat redha-Nya.

Ukhti,
Berbuatlah selagi mampu,
Bersegeralah selagi terdaya,
Bermujahadahlah untuk diri sendiri,
Berjihadlah untuk Allah dan Rasul..

IMAN..HIJRAH..JIHAD
Read more... www.tips-fb.com

Allah jadikan matlamat
Baiki diri
Cuba untuk menjadi akhwat sukses
Dewasakan pemikiran kita
Eratkan silaturrahim
Free for Palestina
Gandakan ibadah
Halaqahku,syurgaku
Ikuti sunnah Rasulmu
Jauhi malas menggerakkan iman
Kuatkan ghirohmu
Luaskan tsaqofah
Mari bertadabbur
Nyalakan semangatmu
Operasikan fikiranmu sentiasa
Perjalanan hidup satu perjuangan
Quran, bacalah selalu
Relakan dirimu terkorban
Satukan fikrahmu
Tentukan masa depanmu
Ubah sikap umat kita
Virus ukhwah kita elakkan
Wajahmu, serikan dengan wudhu'
Yahudi kita hancurkan
Zionis kita musnahkan
Read more... www.tips-fb.com






Hasil air tanganku..agar-agar nanas..tak sukar membuatnya..hanya perlukan 1000ml air, 150 gram serbuk agar-agar kristal dan 1 tin kiub nanas..selamat mencuba..^_^
Read more... www.tips-fb.com