Blogger Templates

Followers

Sunday, July 25, 2010

Malam ini, air mata ini menitis lagi. Lemah tubuhku menggalas beban dakwah ini. Hatta aku sedar bahawa jalan dakwah ini amat perit, tetapi inilah yang kupilih. Apa salahkah bila aku cuba menyampaikan yang sebenarnya?

Rasa tersisih. Rasa dibenci. Dihindari. Memang perit rasa itu. Sungguh, aku mencintainya kerana Allah. Sahabat yang kusayangi kerana Allah. Aku tak mahu dia leka. Melihat kebahagiaannya sudah memadai untukku. Tiada apa yang kuharapkan melaiankan melihatnya gembira di jalan-Nya. Aku mahu yang terbaik untuknya.

Apakah kerana aku juga adalah golongan yang berhijrah, maka aku tak boleh cuba menegakkan kebenaran? Sungguh, perit tekak ini. Menggeletar tanganku tatkala aku cuba menyampaikan segalanya. Hati ini merintih pada-Nya, mohon kekuatan untuk terus menegakkan apa yang benar.

Lumrahnya memang manusia sukar menerima apa yang benar. Mungkin ada sebab tersendiri. Apa yang pasti, aku terlalu menyayangimu wahai sahabatku. Tiada kata yang mampu diungkap untuk menggambarkan betapa aku mahu kau berada di landasan yang benar.

Nafas kuhela perlahan. Sebak. Hiba. Namun, dalam hatiku tetap tersemat pesanan seorang yang akhwat yang memberiku semangat. Katanya, "Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis." Aku tetap akan tegar meneruskan perjuanganku untuk terus berdakwah.

Ya Allah, tetapkan hatiku, tetapkan pendirianku, berikan kekuatan padaku agar aku tak rebah dalam perjuangan menegakkan kalimah-Mu. Amin Ya Rabb.

www.tips-fb.com

No comments: