Blogger Templates

Followers

Friday, July 2, 2010

Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "Tuhan kami adalah Allah," kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khuatir pada mereka, dan mereka tidak (pula) bersedih hati. (46:13)



Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t. Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:
”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."

Justeru, ukhwah yang terbina seharusnya kerana Allah. Bukan kerana minat, menyimpan perasaan, mengharapkan keuntungan dan sebagainya. Apabila nawaitu menjalinkan ukhwah itu kerana Allah, pasti setiap hakikat dan dugaan diterima dengan hati terbuka. Kita dapat menerima keadaan orang lain seadanya dan orang lain juga insyaAllah boleh menerima diri kita seadanya. Sebagai hamba Allah di muka bumi yang fana ini, kita juga haruslah saling mengingati antara satu sama lain. Seperti yang termaktub dalam ayat 55 surah Az-Zariyat yang berbunyi, "Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin." Hal ini sedemikian kerana peringatan itu amat diperlukan dalam kehidupan. Manusia lumrahnya mudah lupa. Oleh itu, kita perlulah saling mengingati antara satu sama lain dan sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat dan boleh membantu.

www.tips-fb.com

No comments: