Blogger Templates

Followers

Monday, July 5, 2010


Usai bertilawah Al-Quran yang juga merupakan mutabaahku, daku teringin berkongsi sedikit info yang kuperoleh ketika diskusi di surau tadi. Bagaimana kita melihat senario pada hari ini? Anak muda berpeleseran. Bunga-bunga tanpa malu berpegangan tangan dan berpelukan dengan kumbang yang bukan mahramnya. Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu. Kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda atau pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di luhmahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalanyang diredhai, insyaAllah si dia turut di jalan yang sama. Suasana pada hari ini mempamerkan manusia-manusia yang sibuk berpasang-pasangan (couple), keluar berduaan sehingga menumbulkan fitrah dan tanpa rasa segan silu. Di manakah maruah agama mereka? Jika diketahui ibu bapa, pasti mereka amat sedih dengan kelakuan golongan muda pada hari ini. Kita sibuk mencari pasangan ketika masih bergelar penuntut ilmu. Apakah kita pasti pasangan kita sekarang adalah suami atau isteri kita nanti? Tepuk dada tanya hati tanya iman. Lebih baik kita perbaiki diri kita dahulu. Semua orang pasti menginginkan pasangan yang soleh dan solehah. Justeru, baiki diri untuk menjadi yang lebih baik dan insyaAllah jodoh kita kelak juga terdiri daripada golongan yang soleh dan solehah.

Apabila berpasangan (couple), adakah kita dapat mencegah diri kita daripada mendekati zina? Mungkin tidak melakukan zina yang boleh membenihkan bayi luar nikah, tetapi mungkin melakukan zina hati, zina mata, zina telinga, zina anggota badan seperti tangan dan kaki dan sebagainya. Renungkanlah. Jika kita seringkali mangatakan bahawa kiamat pasti datang dan berasa takut akan hari tersebut, mengapa kita tidak mempersiapkan diri menghadapinya? Sebaliknya sibuk mengejar keseronokan dunia semata-mata. "Orang lain ada pakwe, ada makwe. Aku tak ada pun." Perlukah itu yang terbit dalam bisikan hati kita? Atau "Sekarang zaman moden, semua orang ada pasangan. Relax la. Biasa la tu." Atau " Orang surau pergi dating, takkan aku tak boleh?"

Astaghfirullahalazim..Sepatutnya kita sibuk mendekatkan diri kepada Allah, ini tidak. Sibuk keluar dating yang tidak memberi apa-apa faedah. Sebaliknya menambahkan dosa. Bila mahu berubah? Bila? Adakah kita sanggup menangguhkannya kerana terlalu sayangkan pasangan kita?

Hakikatnya, jika diperhatikan dan didalami sedalam-dalamnya, berpasangan (couple) ini seperti mempunyai masalah akidah. Apa itu akidah? Dari sudut istilah syarak, akidah bermaksud pegangan dan keyakinan yang pasti bagi seseorang Islam terhadap agama yang dianutinya.Jika kita percaya bahawa jodoh telah ditentukan oleh Allah, mengapa sibuk berhibur dengan orang yang bukan mahram? Berpegangan tangan dan berpelukan dengan bukan mahram? Yakinlah bahawa jodohmu telah ditentukan sejak di luhmahfuz. Allah Maha Mengetahui segalanya. Berubahlah. Mari kita baiki diri ke arah yang lebih baik dan kembali mengingati dan berusaha mendekati-Nya. Raihlah cinta Allah. Pasti cinta manusia akan bertandang selepas itu. Wallahua'lam.

www.tips-fb.com

No comments: