1) Memerdekakan hati daripada kelalaian
Jika orang yang mabuk arak mampu segera sedar kembalo, orang yang mabuk cinta hakikatnya sukar untuk menyedarkannya kembali kewarasannya walaupun pintu hatinya diketuk berkali-kali. Kelalaian hatinya akan mengheretnya perlahan-lahan ke dalam mimpi ngeri, zina terkutuk!
2) Menajamkan akal
Orang yang menahan pandangan mata ialah orang yang sedang berusaha menajamkan akalnya kerana kemampuan akal mempertimbangkan akibat daripada pandangan itu. Akal yang sering diasah akan menghasilkan akal yang kuat dan kukuh.
3) "Menyimbah" api neraka jahannam
Oleh sebab pandangan mata itu merupakan pintu syahwat, yang boleh membuat iman tergugat, lalu tertarik ke arah kemaksiatan. Apabila sudah berbuat maksiat, tentulah api neraka memanggilnya bertandang. Tahanlah pandanganmu, jauhi api jahannam.
4) Menguatkan hati dan menyalakan keberanian
"Siapa yang menentang hawa nafsunya, maka syaitan menjadi takut kepadanya. Jika syaitan takut, sudah tentu hati yang sering direbut syaitan itu menjadi kuat. Keberanian yang mantap pasti terhasil apabila hati yang kuat telah terbentuk.
5) Kepuasan menahan nafsu
Apabila kita memperoleh kejayan, rasa nikmat dan gembira lazimnya dirasai. Begitu juga dengan kegembiraan yang akan kita nikmati apabila berjaya bermujahadah diri menahan pandangan.
6) Mudah menerima ilmu
Berkata Waqi', guru Imam Syafi'i, " Ilmu itu cahaya dan cahaya itu tidak menembusi hati yang berbuat maksiat." Pandangan mata yang tidak dijaga akan memberi kesan kepada hati. Jika hati hitam, cahaya sukar melaluinya.
7) Menguatkan firasat yang benar
Orang beriman yang bersih hatinya lantaran menjaga pandangan mata akan mampu mempunyai kekuatan firasat. Firasat itu buah cahaya. jika hati bersih bercahaya, firasat sukar meleset.
8) Bebas dari penyesalan
Sekali sengaja memandang, ingatannya sukar dibuang. Ketika itu, hati sukar bersabar, dosa mudah benar menyambar. Apabila sudah terjebak, air mata penyesalan tidak mampu lagi mengundur masa.
Saturday, July 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment