Blogger Templates

Followers

Friday, July 23, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..

Kutulis secoret rintihan hati pada hari Jumaat yakni penghulu segala hari. Letih tubuhku dapat dirasa. Mungkin menanggung sakit perut yang teramat pada hari keempat. Entah mengapa sakit perut pada kali ini berpanjangan sehingga aku begitu risau. Namun, aku gagahkan jua diri menghadiri kuliah lebih-lebih lagi kelas Pergerakan Asas. Merlompat, berlari dan sebagainya semakin menambah kesakitan perut ini. Kadangkala rasa senak yang timbul membuatkan aku berasa loya namun tiada apa yang hendak dimuntahkan. Air mata menitik sedikit demi sedikit. Mungkin ini adalah kifarah yang perlu kubayar atas dosa yang kulakukan. Acapkali manusia leka dan lalai. Kadangkala tidak sedar diri melakukan perkara yang salah. Justeru, aku terima nikmat kesakitan ini dengan hati terbuka.

Raut wajahku sering berkerut menahan sakit sehingga rakan sekelas bertanya mengapa aku kelihatan murung. Lantas, kuukir senyuman dan menangkis sangkaan itu. Hatiku berbisik, "Aku masih kuat." Kulalui hari-hari mendatang dengan ketabahan. Apalah teruknya sakit perut yang kutanggung 4 hari berbanding dengan kecederaan para sahabat dan Rasulullah yang tegar mempertahankan kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Apalah teruk sakit perutku ini jika dibandingkan dengan rakyat Palestin yang berjuang habis-habisan mempertahan tanah air mereka. Justeru, kuukir lagi senyuman di bibir.

Ya Allah, Kau beri aku nikmat kesakitan pula kali ini. Aku terima Ya Allah, walaupun sakitku pada kali ini lain benar rasanya. Perit benar rasanya hinggakan tidak boleh tidur dan bertakung air mata tatkala menahan rasa senak dan sedikit bisa ibarat jarum menyucuk-nyucuk perutku. Namun, aku bersyukur. Kesakitan ditanggung membuatkan aku lebih mengingati mati. Kerana manusia itu patut sedar bahawa kita ini milik-Nya dan akan kembali kepada-Nya suatu hari nanti. Kematian itu hakikatnya amat dekat untuk kita. Dan tidak siapa tahu ajalnya. Hatta pesakit kanser yang diramalkan hidup dua bulan sahaja tidak mungkin akan meninggal dalam tempoh itu tanpa izin Allah. Kerna Dia Yang Maha Mengetahui.

Kuukir lagi senyuman. Kuatur langkah satu persatu walaupun langkah itu mungkin tak seceria selalu. Aku masih betah meneruskan hidup. Allah sedang mengujiku. Subhanallah.

www.tips-fb.com

No comments: