Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. Surah Al-Baqarah (2:216)
Renungan bersama: Tinggalkan apa yang tidak baik. Kalau nak berubah, kita perlu berusaha. Tanpa usaha, tiadalah hasilnya. Jangan hanya mengikut hawa nafsu. Kadangkala, untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik, kita perlu mengorbankan sesuatu. Sekiranya berkorban untuk mengejar keredhaan Allah, tiada salahnya. Bersegeralah melakukan kebaikan. Takut nanti maut menjemput kita tanpa sempat bertaubat, tanpa berkesempatan mengubah diri ke arah yang lebih baik dan dalam keadaan yang dimurkai-Nya. Mungkin kita fikir perkara yang kecil itu remeh, tetapi yang kecil itulah yang perlu dibaiki dahulu. Jika perkara kecil pun kita sudah gagal mentadbir diri, inikan pula poerkara yang besar. Perhatikanlah diri. Sesungguhnya manusia itu zalim dan lemah. Oleh kerana kita lemah, jauhilah perkara yang tidak sepatutnya. Bukannya menuju ke arah itu.Contohnya La takrabuz zina (jangan mendekati zina). Perhatikan perkataan mendekati. Mungkin kita tidak berbuat zina. Tapi, mendekati zina. Betapa beratnya amaran Allah ini. Bukan sahaja membuat zina ditegah, bahkan mendekatinya juga tidak boleh. Apakah contoh perbuatan mendekati zina? Berapa banyak pula kategori zina? Zina mata? Zina anggota tubuh badan? Zina hati? Zina telinga? Justeru, renungkanlah. Beristighfarlah sebanyak mungkin. Ubahlah diri ketika masih berkesempatan. Kerana kita tidak tahu bila Izrail bertandang untuk menjemput kita menghadap Ilahi. Wallahua’lam
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Ana ucapkan ahlan wasahlan kepada para pembaca blog. Ana masih baru dalam dunia blog ini. Sekiranya terdapat sebarang iqtaraha (cadangan) dan naqiid (komen), kemukakanlah ia dan ana terima dengan hati terbuka. Jazakallahu khairan kathira..
Ismi Nur Farhana binti Mohd Rahim Shah. Ana masih lagi menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia dalam major Bahasa Melayu. InsyaAllah posting pada akhir tahun 2013..
9) Tersusun dalam urusan (Munazzamul Fi Syu'unihi)
10) Berguna/Bermanfaat untuk orang lain (Naafi'un Lighairih)
Duhai muslimah..
Tiada cinta di hatinya, hanyalah cinta Allah.. Tiada rasa rindu, hanyalah untuk Rasulullah.. kasih dan sayang hanya pada ibu ayah, hormat menghormati sesama insan, guru dan teman sentiasa dikasihi, itulah antara sifat anak-anak yang solehah..
Amru Khalid pernah berkata, "Bila anda adalah tipikal, orang yang sibuk dan tidak memiliki banyak waktu bersantai, bererti Allah menyukai anda. Jangan anda mengeluh tentang keras dan penatnya hidup. Semakin anda aktif bergerak, semakin anda disukai Allah."
No comments:
Post a Comment