Setiap insan ada perasaan untuk memperoleh atau membuat sesuatu. Tetapi, adakalanya keinginan seperti ini perlu dikawal supaya tidak menjadi keterlaluan yang mendatangkan mudarat.
Begitu juga dengan sikap seorang isteri yang meminta sesuatu daripada suaminya. Seandainya permintaan itu sampai ke peringkat mendesak atau membebankan keupayaan suami, maka tercetuslah krisis dalam rumahtangga.
Islam menitikberatkan sikap qonaah iaitu berpuas hati dan bersyukur dengan apa yang ada. Ini tidak bererti kita disuruh bersikap pasif dan tidak ingin kepada kelebihan atau harta. Apa yang penting, sekiranya kita telah berusaha dan berikhtiar, maka hendaklah kita berqonaah dengan apa yang ada.
Sikap suka mendesak suami boleh merenggangkan hubungan antara suami isteri dan isteri yang bersikap demikian merupakan sebahagian daripada ciri-ciri perempuan yang bakal masuk neraka.
Sikap dan tingkah laku yang suka mendesak, suka membandingkan dengan apa yang ada pada orang lain dan tidak bersyukur dengan pemberian suami adalah membosankan suami. Sebaliknya seorang isteri yang faham tentang kedudukan kewangan dan kemampuan suaminya adalah seperti ratu dan permaisuri dalam rumahtangga. Rumahtangga seperti ini ibarat syurga di dunia dan dinaungi dengan rahmat dan kasih sayang Allah.
Seorang sahabat Nabi SAW pernah bertanya kepada Baginda mengenai tanda-tanda isteri yang derhaka kepada suaminya. Baginda berkata, tandanya ialah apabila terjadi pergaduhan antara keduanya, isteri berkata: "Awak tak beri apa-apapun" sedangkan suaminya telah meberikan sesuatu sekadar yang dia mampu.
Dalam kitab Muhimmah hasil karya Syeikh Abdullah Fatani, diterangkan sikap isteri yang bakal masuk neraka ialah seorang isteri yang tidak menjaga kehormatan dirinya semasa suami tiada di rumah dan bila suami berada di sampingnya dia menyakiti suaminya dengan lidahnya.
Mungkin ada antara para isteri yang mengatakan kepada suaminya,"Awak pun apa kurangnya, tidak betul cakap saja pandai".
Namun, suami dan isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing. Para suami wajib mendidik keluarganya dan menjaga mereka daripada api neraka (surah At-Tahrim:6). para suami diwajibkan juga berlaku baik kepada isterinya dan bersabar atas kerenah isteri yang dirasakan tidak sesuai pada dirinya (surah An-Nisa:19).
Sunday, July 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment