Blogger Templates

Followers

Saturday, July 24, 2010

Menjelang senja, ana masih mengadap laptop. Mahu menukilkan sedikit rasa. Blog yang dijadikan satu jalan dakwah. Ingin berkongsi coretan dalam pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada seorang akhwat. Ana betul-betul tersentuh dengan kata-katanya.

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya, kerana Allah teramat mencintainya. tetapi, andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita pada seseorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, ini bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijaga-Nya. Mengapa masih ragu-ragu? Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari. Hargailah atas kesempatan yang Allah berikan. Kata Imam Al-Ghazali, "Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita berasa berdosa melakukannya." Saudariku, aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan, dari melihatmu gembira dalam kelalaian. Saudariku, aku bagga mendengar tangisanmu kerana pengorbanannya, dari melihat tawamu dalam pengkhianatan. Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran, dari hidup dalam kesesatan. Kerana jangan lupa saudariku, muliamu bukan pada pangkat dan harta, tetapi kerana Islam."

Saudari kesayanganku, carilah hikmah dalam setiap ketentuan Tuhan, supaya timbul rasa kesabaran dan kejujuran. Setiap yang payah itu ada kesenangan dan setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh beri halangan. Namun, jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti takkan dapat walaupun sudah dalam genggaman. Yakin dan percayalah, Allah telah tuliskan apa yang terbaik untuk hambanya. Kadangkala Allah hilangkan mentari, kemudian Dia datangkan guruh. Puas kita menangis mencari mana mentari kita? Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelanig yang indah. Sabarlah duhai insan, ada kemanisan di sebalik setiap kepahitan.

Memang benar apa yang dikatakan ukhti ini. Istighfar banyak-banyak dan ambillah ibrah daripada peringatan ini. Sama-sama kita muhasabah diri.

www.tips-fb.com

No comments: