Bersedekahlah kalian kerana sedekah dapat membebaskan daripada api neraka." (hadith riwayat at-Thabrani)
Sesiapa yang meminta dengan keredhaan Allah lalu dia memberi, maka ditulis baginya 70 kebaikan. (hadith riwayat Ibnu Adi)
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW berkata, "Allah menjelaskan kepadaku, 'Berinfaklah kamu supaya Aku berinfak kepadamu.'Seterusnya Rasulullah SAW berkata, 'Pemberian Allah selalu cukup dan tidak pernah kurang walaupun mengalir siang dan malam. Pernahkah kamu terfikir sudah berapa banyak yang dinafkahkan oleh Allah sejak terciptanya langit dan bumi? Apa yang ada di tangan Allah tidak akan berkurang. Arasy-Nya di atas air sedangkan di tangan-Nya maut selalu naik turun." (hadith riwayat Muslim)
Suatu hari, Abdurrahman bin Auf, saudagar kaya-raya datang bersama seorang kafilah dagang yang terdiri daripada ratusan orang. Mereka membawa biji gandum, minyak, kurma, pakaian dan pelbagai keperluan asas lainnya. Penduduk kota keluar berduyun-duyun menyambut kedatangan rombongannya. Ada antara pedagang-pedagang itu menjual barang-barang mereka dengan harga yang mahal. Tetapi dengan lembut, Abdurrahman berkata, "Demi zat yang diriku ada di tangan-Nya, aku tidak akan menjual baranganku kepada kamu semua. Kerana Allah yang akan membelinya dengan memberikan keuntungan yang lebih besar." Lalu dia memetik surah Al-Baqarah ayat 261 yang menegaskan harta yang dinafkahkan pada jalan Allah bagaikan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai. Pada setiap tangkai terdapat 100 biji. "Oleh itu, aku bersaksi di hadapan Allah dan malaikatnya, dagangan ini aku infakkan ke jalan Allah tanpa mengharapkan keuntungan satu dirham ataupun satu dinar pun," tambahnya.
Maka, berduyun-duyunlah fakir miskim datang meminta sedekah. Dalam sebuah hadis, disebutkan Abdurrahman dijamin masuk syurga. Ternyata walaupun barang dagangannya sering disedekahkan, dia tidak pernah jatuh miskin.
Malah, harta yang disedekahkan itu bukannya semakin berkurang, tetapi semakin bertambah. Perkara ini sudah dijamin oleh Allah sebagaimana yang disebutkan dalam ayat yang dipetik oleh Abdurrahman itu. Bukan itu sahaja, sedekah juga dapat memadamkan kemurkaan Allah. Rasulullah SAW berpesan, "Sungguh, sedekah dapat memadamkan kemarahan Allah seperti air memadamkan api."
Di tempat yang lain pula, apabila pulang dari rumah Rasulullah SAW, Ali menemui Fatimah, isterinya, "Wahai wanita mulia, apa kamu mempunyai makanan untuk suamimu?"
"Aku tidak mempunyai apa-apa,"jawab Fatimah lembut.
"Salman memberi aku enam dirham sebagai upah memintal. Aku akan belikan makanan untuk Hasan dan Husin.
"Biar aku sahaja yang pergi membeli. mana duitnya?" tanya Ali.
Di tengah jalan, Ali bertemu lelaki yang mengatakan, "Siapa yang mahu meminjami Tuhan yang Maha Pengasih dan selalu menepati janji?" Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan duit enam dirham itu kepadanya dan pulang dengan tangan kosong. Si isteri yang mengetahui perkara itu hanya mampu menangis.
"Wahai wanita mulia, kenapa kamu menangis?"
"Ali, kamu pulang tanpa membawa sesuatu?"
"Aku meminjamkan duit itu kepada Allah."
"Baiklah kalau begitu. Aku menyokong tindakan kamu."
Tidak lama kemudian, Ali berangkat meniggalkan rumah kerana mahu menemui Rasulullah SAW. Di tengah jalan, dia dihampiri lelaki Badwi yang sedang menuntun unta. "Abu Hasan, belilah unta ini."
"Aku tidak ada duit," jawab Ali.
"Kamu boleh membayarnya bila-bila masa sahaja."
"Berapa harganya?" tanya Ali.
"Tidak mahal. Seratus dirham sahaja."
"Baiklah, aku beli," kata Ali, yang kemudiannya meneruskan perjalanannya sambil menuntun unta itu. Baru beberapa langkah dia berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya.
"Kamu mahu menjual unta itu?" tanya Badwi itu.
"Ya."
"Berapa harganya?"
"Tiga ratus dirham."
"Baiklah, aku beli," kata Badwi lalu mengambil tali pengikat unta dan memberikan 300 dirham kepada Ali. Ali segera pulang ke rumah lalu menceritakan kisah itu kepada Fatimah.
"Apa yang kamu bawa itu?" tanya Fatimah.
"Wahai puteri Rasul, aku membeli seekor unta berharga seratus dirham dan bayarannya boleh dibayar kemudian. Unta itu kemudiannya aku jual dengan harga 300 dirham."
"Subhanallah," kata Fatimah.
Selepas itu, Ali segera pergi menemui Rasulullah SAW di masjid. Melihat Ali memasuki masjid, baginda tersenyum.
"Abu Hasan, tahukah engkau siapa Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta tadi?" tanya Rasulullah SAW.
"Tidak,"jawab Ali sambil menggelengkan kepalanya, "Allah dan Rasul-Nya lebih tahu."
"Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberi kamu 300 dirham,"kata Rasulullah SAW. Baginda menyambung lagi,"Badwi yang pertama adalah Jibrail dan yang kedua adalah Mikail.
Sunday, July 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment