Blogger Templates

Followers

Friday, July 23, 2010

Malam ini ana teringin melontarkan sedikit luapan rasa walau mungkin sekadar picisan..

Isu yang berlegar dalam fikiran ana saat ini ialah tentang bersangka baik kepada Tuhan. Sungguh, Allah memberikan seseorang itu ujian yang setimpal dengan kemampuannya. Mustahil jika setiap dugaan, cabaran dan musibah yang diterima tidak mampu kita tanggung. Sedar atau tidak, sedikit kesukaran yang melanda, berganda-ganda kemudahan yang Allah kurniakan untuk kita. Manusia itu jahil. Seringkali mempersoalkan apakah dosanya apabila dilanda dugaan. Maksumkah kita seperti Rasulullah? Pastinya tidak. Hakikatnya, ujian ataupun sebarang dugaan yang datang adalah tarbiyah dari Allah. Cuma terpulang kepada individu itu sendiri untuk mentafsir apa yang telah dilaluinya. Bukalah hati, lapangkan fikiran. Fikirlah dengan teliti apakah kita dibiarkan mengatakan bahawa kita beriman tetapi tidak diuji? Setelah diuji, barulah Allah tahu kita ini hamba yang bagaiman. Apakah kita bersabar dalam menempuh dugaan yang datang? Atau kita mengamuk tidak tentu pasal? Apakah kita akan memilih untuk melakukan perkara yang tidak baik sebagai jalan untuk melepaskan kesukaran, kesakitan dan kesusahan yang ditempuh? Renungkanlah.


Kita ini hanyalah hamba-Nya. Justeru, layakkah kita untuk bersangka buruk kepada Allah sedangkan Dialah yang mencipta kita dari air mani yang kotor itu? Apakah kita juga layak untuk bersangka buruk kepada manusia lain yang juga makhluk ciptaan-Nya? Sedarlah. Syaitan itu sememangnya menanti peluang untuk terus menyesatkan cucu cicit Adam. Berlapang dada dengan apa jua kurniaan Allah untuk kita. Seperti yang tertulis menerusi ayat 216 dalam surah Al-Baqarah yang mengingatkan kita bahawa tidak semua yang kita sangkakan baik, adalah yang terbaik bagi kita dan tidak semestinya yang kita anggap tidak baik, adalah yang tidak baik bagi kita. Barangkali yang baik itu sebenarnya tidak baik dan yang tidak baik itu adalah yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya Allahlah yang Maha Mengetahui. Bertawak pada-Nya. Kita ini milik-Nya dan kepada-Nyalah kita dikembalikan. Buka mata, tepuk dada, tanya iman wahai muslimin muslimat yang bergelar musafir di bumi fana ini yang hakikatnya sedang menempuh liku-liku dalam perjalanan di dunia sementara menuju ke destinasi kekal abadi yakni akhirat. Sama-samalah kita baiki diri ke arah yang lebih baik. Utamakan mana yang perlu, tinggalkan perkara yang melalaikan dan seterusnya tidak memberi apa-apa faedah kepada kta. Wallahualam.

www.tips-fb.com

No comments: