Blogger Templates

Followers

Friday, August 13, 2010

Terdapat banyak ibrah (pengajaran) daripada kisah Qarun yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan. Antaranya:

1) Wang dan harta kekayaan adalah bentuk ujian yang terbesar, terutamanya bagi manusia yang lemah iman. Wang dan harta banyak melahirkan tindakan berbentuk penganiayaan dan permusuhan. Nauzubillah. Allah SWT berfirman menerusi ayat ke-15 dalam surah at-Taghabun yang bermaksud, "Sesungguhnya harta dan anak-anakmu hanyalah percubaan bagumu dan di sisi Allahlah pahala yang besar." Allah juga turut menyelitkan firman-Nya menerusi ayat 6 dan 7 dalam surah al-Alaq yang bermaksud, "Ketahuilah sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup."

2) Kesenangan akan nikmat-nikmat duniawi yang sampai pada bentuk peningkatan akan nikmat Allah adalah tercela dan nista, serta dilarang agama, kerana hal itu akan mendorong kepada mendewakan dunia, lebih dari itu akan melalaikan kepada Dzat Pemberi nikmat itu sendiri.

3) Sebenarnya, manusia yang berakal sihat, adalah manusia yang mampu menyeimbangkan dirinya, antara kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Tidak mendewakan dunia, tidak pula anti dunia. Namun, dia berbuat untuk dunianya seakan-akan dia akan hidup untuk selamanya sebaliknya dia akan berbuat untuk akhiratnya seakan-akan akan mati pada keesokan harinya. "Dan carilah pada orang-orang yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu daripada kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain, sebagaimana Allag telah berbuat baik kepadamu." Dengan begitu seseorang akan mensyukuri nikmat Allah termasuk golongan orang-orang yang berterima kasih (syukur).

4)Perbuatan aniaya dan kezaliman dengan segala bentuk, hanya akan melahirkan hukuman dan seksa. "Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi ini, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan."

5) Lupa diri dan bangga diri hanya akan melahirkan kebinasaan dan kehancuran bagi pelakunya. "Seseungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku. Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu tentang dosa-dosa mereka."

6) Kisah Qarun ini mengajak kita untuk menoleh kepada kearifan sejarah, dengan belajar daripada perjalanan kehidupan masa lalu dengan akal jernih dan hati yang bersih, yang sedemikian itu dengan mentradisikan perilaku para soleh serta menjauhi kebusukan sifat para pembuat kerosakan dan dengan itu diri kita akan jernih dan terhindar daripada keburukan. "Dan apakah dia tidak mengetahui bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta." (Surah al-Qasas: ayat 78)

7) Dangkalnya analisis akan melahirkan penyesalan, jikalau hasil yang diharapkan tidak sesuai dengan apa yang diinginkan.

8) Kelapangan rezeki bukanlah wujud daripada kecintaan Allah. Demikian pula dengan kesempitan rezeki bukan tanda daripada kemurkaan Allah. Sesungguhnya kekayaan dan kemiskinan merupakan ketentuan takdir dan hikmah Allah. Kewajipan orang yang yang lapang rezeki ialah bersyukur. Adapun kewajipan orang yang sempit rezeki ialah redha dan sabar.

9) Kenikmatan utama dan ketinggian darjat serta kenikmatan abadi hanya akan diperoleh insan-insan yang rendah hati, soleh dan bertakwa. "Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa." (surah al-Qasas:ayat 83)

www.tips-fb.com

No comments: