Blogger Templates

Followers

Wednesday, August 25, 2010

Salam..

Wahai orang2 beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (47:7)

Malam ini ana mahu berkongsi satu kisah. Baru benar berlaku menjelang maghrib pada 15 Ramadhan 1431H. Ana telah ditag di facebook oleh seorang akhwat di Mesir. Artikel itu tentang paderi Melayu. Paderi yang berketurunan Melayu tetapi berusaha memurtadkan umat Islam. Pastinya sesiapa yang tidak kuat akan mudah terpengaruh. Acapkali kalimah syahadah meniti di bibir ketika solat 5 waktu dan ketika mahu tidur, namun mengapa masih boleh terpesona dengan agama lain? Apakah agama Islam yang kita anuti ini tidak indah? Sungguh, agama Islamlah yang begitu unggul, menyeluruh, tiada paksaan melainkan kebaikan, percaya akan adanya alam akhirat. Niat ana menyebarkan info yang diperoleh adalah juga niat dakwah. Namun, apa yang disebarkan telah pun mendapat perhatian seorang guru Bahasa Melayu ketika ana berada dalam tingkatan 2 dan 3. Kebetulan, guru itu beragama Kristian.Lantas, ana terus dibuang daripada senarai rakan di facebook.

Ana terkejut. Namun masih betah mempertahankan agama Allah, agama para nabi dan rasul, agama para sahabat nabi, agama ulama, agama syahid syahidah, agama akhwat ikhwah dan agama umat Islam yang pastinya agama yang tiada tolok bandingnya yang tertegak atas kalimah Lailahaillah Muhammadarrasulullah. Ana terima tindakan guru ana itu dengan berlapang dada. Antara guru dan agama, biarlah ana pilih agama yang ad-din ini.

Di saat ana masih termangu, seorang sahabat lama tampil memberi semangat. Katanya, jalan ke syurga takkan ditaburi dengan bunga-bungaan, tetapi dipenuhi penuh duri-duri luka. Ana diingatkan tentang doa rabitah. Bukankah hati ini telah bersatu dan berpadu untuk memikul beban dakwah-Mu, Ya Allah? Lantas, ana hampir tersenyum kembali. Hakikatnya, agama Allah ini acapkali diserang dari pelbagai sudut. Jika menyebarkan dakwah yang kecil itu mendapat tentangan seperti ini, apatah lagi menyebarkan dakwah yang lebih besar dan terang-terangan? Biarlah dibuang dari senarai rakan di facebook, namun sedikitpun ana tidak gentar untuk menyebarkan hatta sekecil-kecil dakwah.

Pesanan murabbiah tentang dunia itu penjara bagi orang mukmin akan tetap tersemat di hati. Apa yang dilakukan hanyalah kerana Allah. DIA mencipta ana dan kepada-Nya ana akan kembali suatu hari nanti. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Berjuanglah untuk menegakkan agama Islam. Mungkin kita tidak berkemampuan memegang senjata dan berperang serta melontar batu ke arah tentera Israel seperti di Gaza dan Palestin, namun cukuplah kita menyumbang kepada agama dengan memberikan peringatan dan menyebarkan perkara yang betul seperti yang tercatat dalam ayat kedua dan ketiga surah Al-Asr yang bermaksud, Sungguh, manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.Wallahua'lam.

www.tips-fb.com

No comments: